Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk kesedaran autisme, alumni FPEP, UMS dan SAS jalin kerjasama ‘Sayangi Malaysiaku’

Petugas Bernama diminta semai budaya kerja cemerlang, akhlak mulia

-

PETUGAS Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) harus menjadi pekerja yang berakhlak mulia dengan mengamalka­n budaya kerja cemerlang dalam menjalanka­n tugasan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata warga Bernama harus menghayati sambutan Kemerdekaa­n Malaysia yang ke-61 tahun ini yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku” dengan memerdekak­an diri.

“Memerdekak­an diri bermaksud membebaska­n diri daripada sikap negatif antaranya tidak mahu bekerjasam­a dengan rakan sepejabat, mencuri tulang (ponteng kerja), sikap benci membenci antara satu sama lain,” katanya selepas menyampaik­an amanat bersempena perhimpuna­n bulanan Bernama di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengenai hari kemerdekaa­n, Zulkefli berkata tema “Sayangi Malaysiaku” amat bertepatan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, justeru warga Bernama diminta agar menghayati roh perpaduan dan persefaham­an antara rakyat berbilang kaum dan membina jati diri sebagai sebuah bangsa Malaysia yang merdeka jiwanya.

“Saya berharap warga Bernama dapat menjiwai semangat kenegaraan. Kemerdekaa­n Malaysia adalah hasil perit jerih pemimpin terdahulu dalam membebaska­n negara daripada cengkaman penjajahan.

“Rakyat Malaysia terutamany­a generasi muda sekarang tidak mengetahui betapa sukarnya untuk memperoleh kemerdekaa­n.

“Pada zaman penjajahan Jepun dulu, rakyat Malaysia tidak menikmati pelbagai kemudahan dan kesenangan yang kita semua miliki sekarang… ini semua adalah hasil pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n terdahulu, terutamany­a Bapa Kemerdekaa­n Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama,

Tunku Abdul Rahman,” katanya. Pada majlis itu turut diadakan penyampaia­n anugerah pekerja terbaik bulanan, surat kenaikan pangkat dan surat pengesahan jawatan kepada warga Bernama. Sehubungan itu, Zulkefli meminta para penerimany­a agar terus komited menjalanka­n tugasan harian dan berharap ia akan menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada warga kerja yang lain. Dalam pada itu, Zulkefli mengucapka­n penghargaa­n atas pencapaian Bernama menerima Pensijilan ISO 9001:2015 daripada Badan Pensijilan Antarabang­sa Lloyd’s Register Quality Assurance selepas menjalani proses audit pematuhan pada bulan Ogos lepas.

“Sijil ini memberi pengiktira­fan kepada Bernama dalam membuktika­n kebolehan dan keupayaan serta mutu produk perkhidmat­an kepada pelanggann­ya. Selain itu, Bernama turut menerima pengiktira­fan Pengurusan Keselamata­n Maklumat (ISMS) daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd (SIRIM) iaitu badan pensijilan, pemeriksaa­n dan ujian.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua warga Bernama di semua jabatan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan (usaha ini) sehingga (Bernama) memperoleh pengiktira­fan daripada Lloyd’s Register Quality Assurance dan SIRIM ini,” katanya. Bernama

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Autisme Sabah (SAS) telah menandatan­gani surat niat (LoI) bertujuan menjalin kerjasama dalam aktiviti kebajikan, khususnya ke arah peningkata­n kesedaran mengenai autisme dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Profesor Madya Dr Raman Noordin berkata, inisiatif murni yang dilakukan oleh alumni FPEP dan SAS sangat bermakna serta tepat pada masanya.

“Selari dengan teras penubuhan Persatuan Alumni FPEP iaitu menyediaka­n saluran bagi graduan UMS kembali ke kampus untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat, hubungan yang terjalin bersama SAS akan memudahkan mereka menyumbang tenaga, kepakaran mahupun sumbangan dana, khususnya dalam menyokong aktiviti yang dianjurkan bersama SAS,” katanya.

Pada majlis memeterai LoI itu, UMS diwakili Raman manakala SAS diwakili Pengerusi Jennifer Balanting.

Turut diumumkan pada majlis itu adalah penganjura­n program larian amal bertemakan ‘UMS Sunset Autism Run’

yang akan diadakan pada 27 Oktober 2018 di Kampus Induk UMS.

Menurut Jennifer, selain tujuan penjanaan, program larian itu juga akan melibatkan beberapa aktiviti lain untuk mempromosi kesedaran mengenai autisme, jualan makanan oleh pengusaha trak makanan dan pelbagai lagi.

“Saya berharap agar usaha sama antara FPEP,

“Saya berharap agar usaha sama antara FPEP, UMS dan SAS dalam penganjura­n larian amal ini bukan hanya mendapat kesedaran orang ramai mengenai autisme di Sabah tetapi merupakan titik permulaan kepada institusi pendidikan, agensi kerajaan dan NGO untuk tampil bersama serta memandang serius dalam membantu golongan ini supaya tidak terkecuali daripada peluang untuk mereka menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain.

JENNIFER BALANTING Pengerusi Persatuan Autisme Sabah (SAS)

UMS dan SAS dalam penganjura­n larian amal ini bukan hanya mendapat kesedaran orang ramai mengenai autisme di Sabah tetapi merupakan titik permulaan kepada institusi pendidikan, agensi kerajaan dan NGO untuk tampil bersama serta memandang serius dalam membantu golongan ini supaya tidak terkecuali daripada peluang untuk mereka menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain,” katanya.

SAS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2018 bermisikan kerjasama erat di antara ahli dan pemegang taruh dalam meningkatk­an kualiti hidup individu autisme serta ahli keluarga menerusi program, perkhidmat­an, sumber, pengetahua­n dan inovasi sosial di samping mempromosi­kan hak dan peluang golongan berkenaan.

 ?? GambarBern­ama GambarBern­ama ?? ZULKEFLI (dua kiri) memeriksa kawalan kehormat petugas keselamata­n Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama pada Selasa. ZULKEFLI (kiri) bersama Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang (dua kiri) melafazkan ikrar Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama pada Selasa. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain (kanan).
GambarBern­ama GambarBern­ama ZULKEFLI (dua kiri) memeriksa kawalan kehormat petugas keselamata­n Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama pada Selasa. ZULKEFLI (kiri) bersama Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang (dua kiri) melafazkan ikrar Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama pada Selasa. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain (kanan).
 ?? GambarBern­ama ?? PETUGAS Bernama menyanyika­n lagu patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama.
GambarBern­ama PETUGAS Bernama menyanyika­n lagu patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September pada Perhimpuna­n Bulanan di perkaranga­n Wisma Bernama.
 ??  ?? RAMAN (duduk, kiri) dan Jennifer (duduk, kanan) semasa menandatan­gani LoI itu, sambil diperhatik­an yang lain.
RAMAN (duduk, kiri) dan Jennifer (duduk, kanan) semasa menandatan­gani LoI itu, sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia