Utusan Borneo (Sabah)

Loji Rawatan Air Pitas dijangka siap 2020

Bakal atasi masalah kekurangan air dihadapi penduduk

-

PITAS: Projek pembinaan loji rawatan air Pitas di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang menelan belanja sekitar RM52 juta akan dilaksanak­an tidak lama lagi dan dijangka siap pada 2020.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick berkata, projek yang dibiayai oleh kerajaan Persekutua­n itu kini dalam peringkat urusan rekabentuk terperinci.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita berharap pelaksanaa­n projek ini dapat dimulakan tidak lama lagi dan apabila siap nanti, ia dapat membantu menangani masalah kekurangan bekalan air di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Loji Air Pitas dan mendengar taklimat ringkas pembanguna­n bekalan air daerah Pitas, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pegawai Daerah Pitas Bubudan OT Majalu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah Sualim Sanan, Timbalan Pengarah KPLB (P) Sabah Christni Alus, Jurutera Air Bahagian Kudat, Pitas dan Kota Marudu James Suana dan Pegawai Kerja Jabatan Air Pitas Marup Madarin.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah ini, Projek Penyambung­an Paip Sistem Retikulasi dan Agihan daerah itu sedang dalam

pertimbang­an kelulusan KPLB Pusat untuk Rolling Plan 3 Tahun 2018.

“Program BALB ini melibatkan penyambung­an dan pembesaran paip. Sekiranya diluluskan dalam tahun ini, projek ini dijangka siap dilaksanak­an pada penghujung tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, ekoran pertambaha­n penduduk dan pembanguna­n pesat di daerah ini maka, kadar permintaan air semasa adalah sebanyak 10 juta liter sehari (JLH) iaitu

melebihi kadar pengeluara­n kapasiti Loji Rawatan Air Pitas.

“Dua Loji Rawatan Air sedia ada iaitu di Pekan Pitas dan Kanibongan hanya dapat mengeluark­an sebanyak 6.0 JLH.

“Permintaan semasa bekalan air di Pitas semakin meningkat disebabkan adanya perancanga­n pembanguna­n di daerah ini. Oleh itu, permintaan adalah tidak mencukupi daripada pengeluara­n bekalan air sedia ada,” katanya.

Jika semuanya berjalan lancar, kita berharap pelaksanaa­n projek ini dapat dimulakan tidak lama lagi dan apabila siap nanti, ia dapat membantu menangani masalah kekurangan bekalan air di daerah ini. EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? EWON (lima dari kiri), Bolkiah (enam dari kiri), Sualim (tujuh dari kiri) dan James (dua dari kiri) bergambar bersama kakitangan Jabatan Air Pitas dan rombongan KPLB Sabah dan Pusat, di Loji Penapis Air Pitas.
EWON (lima dari kiri), Bolkiah (enam dari kiri), Sualim (tujuh dari kiri) dan James (dua dari kiri) bergambar bersama kakitangan Jabatan Air Pitas dan rombongan KPLB Sabah dan Pusat, di Loji Penapis Air Pitas.
 ??  ?? EWON mendengar penjelasan daripada James mengenai pembanguna­n bekalan air Pitas.
EWON mendengar penjelasan daripada James mengenai pembanguna­n bekalan air Pitas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia