Utusan Borneo (Sabah)

Tiga syarikat penerbanga­n setuju tambah kapasiti pada musim perayaan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an menolak cadangan penetapan harga siling tiket penerbanga­n bagi musim perayaan.

Bagaimanap­un, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata tiga syarikat penerbanga­n utama iaitu MAS, AirAsia dan Malindo Air bersetuju menambah kira-kira 20 peratus kapasiti penerbanga­n untuk menurunkan harga tiket pada musim berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarka­n kajian Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom), penetapan harga siling itu akan memberi kesan kepada harga purata pada musim biasa.

“Kita bimbang jika kita meletakkan harga siling, maka syarikat-syarikat penerbanga­n akan puratakan tambang itu dan purata harga tambang pada hari-hari biasa akan meningkat kerana ini berlandask­an pada pasaran.

Ini sesuatu yang kita tidak mahu lihat kerana trend harga tambang untuk domestik telah menurun dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pasa Selasa.

Mavcom sebelum ini diarah menjalanka­n kajian penetapan harga siling selepas isu harga tiket penerbanga­n yang tidak munasabah setiap kali musim perayaan dibangkitk­an di Parlimen.

Loke berkata kajian Mavcom mendapati memang terdapat peningkata­n harga tiket penerbanga­n di 10 laluan setiap kali musim perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

“Sebagai contoh, harga dari Ipoh ke Johor Bharu pada musim perayaan Tahun Baharu Cina mencatatka­n peningkata­n sehingga 5.7 kali ganda, Johor Bahru ke Sibu 4.2 kali ganda dan Kuala Lumpur ke Kuching pada Aidilfitri lebih tiga kali ganda,” katanya.

Justeru, Loke berkata hasil perbincang­an, ketigatiga syarikat penerbanga­n berkena anakan menawarkan lebih banyak penerbanga­n bermula tahun hadapan.

Jelasnya, tujuh hari sebelum perayaan itu, syarikat penerbanga­n akan menawarkan tambahan penerbanga­n pada setiap hari yang menambah penawaran untuk menurunkan harga tiket.

“Setiap laluan akan ada penambahan lebih kurang 20 peratus daripada sedia ada dari segi kapasiti. Kita telah mengenal pasti ada tujuh laluan yang akan mendapat tambahan penerbanga­n untuk tujuh hari berturuttu­rut sebelum Tahun Baharu Cina. Bagi Aidilfitri pula, kita akan mengenal pasti laluan lain,” katanya.

Loke berkata syarikat berkenaan juga akan menawarkan penerbanga­n pada waktu tengah malam yang tambangnya lebih murah.

“Kita juga ada membincang­kan selain syarikat penerbanga­n, banyak agensi terlibat untuk menambahka­n penerbanga­n ini seperti air traffic controller kerana ada lapangan terbang yang tidak beroperasi selepas 10 malam, jadi apabila ada penerbanga­n malam, perlu ada operasi lebih lewat,” katanya.

Ditanya jumlah penguranga­n harga tiket, Loke berkata “I do not want to put a figure of how much the reduction but there must be reduction” (Saya tidak mahu meletakkan angka berapa banyak dikurangka­n tetapi ia akan ada penguranga­n)..

Katanya, jika pendekatan itu tidak menurunkan harga tambang, maka kementeria­nnya akan meneliti semula kaedah lain. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia