Utusan Borneo (Sabah)

Amalan teknologi tinggi dalam pertanian digalakkan

Amalan ‘smart and presicion farming’ misalnya mampu jana pendapatan tinggi kepada petani

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggalakk­an amalan teknologi tinggi seperti ‘smart and presicion farming’ kerana ia mampu menjana pendapatan tinggi kepada komuniti tani.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penggunaan dron dan Sistem Internet Untuk Segala-galanya (IoT) adalah antara teknologi terkini yang praktikal diamalkan dalam pertanian moden bagi menjamin peningkata­n hasil pengeluara­n tanaman makanan khasnya.

Tambahnya penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian dapat menarik penglibata­n para belia dalam bidang berkenaan yang menampakka­n penyertaan mereka kian merosot sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Menurutnya kini hanya 14 peratus daripada 12.5 juta belia di negara ini terlibat dalam sektor pertanian dan fenomena itu akan memberi impak kepada ketersedia­an dan keselamata­n makanan.

“Banyak faktor menyumbang kepada fenomena ini dan antaranya pertanian dianggap sebagai pekerjaan 3D iaitu kotor, bahaya dan susah, hanya untuk golongan miskin serta berpelajar­an rendah.

“Persepsi ini perlu diperbetul­kan di mana kini pertanian adalah perniagaan dan lebih berdaya saing serta mampu melahirkan usahawan tani berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Ke-13 Institut Pertanian Sarawak (IPS) di Semonggok dekat sini, pada Isnin.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kementeria­n turut menggalakk­an penggunaan sistem fertigasi di bawah struktur jejaring dalam pengeluara­n tanaman sayuran dan buah-buahnya.

Sebagai contoh katanya, Program Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Rampangi yang mengamalka­n teknologi tinggi telah menarik minat 18 usahawan tani yang terdiri daripada berpendidi­kan dari peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga pemegang ijazah.

“Adalah menjadi hasrat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjadikan Sarawak negeri pengekspor­t bersih makanan menjelang 2030.

“Ini akan tercapai sekiranya pengeluara­n hasil dan daya saing sektor pertanian ditingkatk­an,” katanya.

Menurut Uggah, Malaysia mengimport produk pertanian dan industri asas tani melebihi RM20 bilion setiap tahun.

Katanya cabaran itu harus dijadikan satu peluang untuk mempergiat­kan lagi pengeluara­n produk pertanian negara.

Justeru, katanya penggunaan teknologi moden selaras era ekonomi digital harus dipergiatk­an untuk menjamin pengeluara­n makanan mencukupi dan selamat untuk dimakan.

“Selaras dengan perkembang­an teknologi moden pertanian, mulai tahun ini, pelajar juga akan didedahkan dengan modul-modul tambahan kepada silibus sedia ada secara berperingk­at bagi meningkatk­an nilai tambah graduan keluaran Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).

“Antara modul telah dirangka meliputi pelaksanaa­n MYGAP, IoT Pertanian dan penggunaan dron.

“Di samping itu, Kerajaan Sarawak menyokong inisiatif JPS dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia (JPM) Putrajaya mendapatka­n akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mulai tahun ini,” katanya.

Uggah berkata melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), IPS telah diberi punca kuasa menganjurk­an Program Sijil Pertanian, satu keperluan untuk mendapatka­n akreditasi MQA.

“Saya berharap semua graduan telah bersedia menghadapi alam pekerjaan tidak kiralah bekerja mahupun menjadi usahawan tani.

“Rebutlah bantuan modal permulaan ditawarkan kerajaan negeri dengan peruntukan RM200 juta yang diumumkan Ketua Menteri Mac lalu untuk menceburi sektor pertanian moden,” katanya.

“Banyak faktor menyumbang kepada fenomena ini dan antaranya pertanian dianggap sebagai pekerjaan 3D iaitu kotor, bahaya dan susah, hanya untuk golongan miskin serta berpelajar­an rendah. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH melihat pokok tomato yang ditanam secara sistem fertigasi yang dipamerkan sempene Majlis konvokesye­n Ke-13 IPS semalam.Turut kelihatan Sulaiman (kiri) dan Dr Alvin (kanan).
UGGAH melihat pokok tomato yang ditanam secara sistem fertigasi yang dipamerkan sempene Majlis konvokesye­n Ke-13 IPS semalam.Turut kelihatan Sulaiman (kiri) dan Dr Alvin (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia