Utusan Borneo (Sabah)

Kurang minat belia, sukar ambil buruh asing halangan terbesar industri perabot

-

KUCHING: Halangan terbesar industri perabot Malaysia adalah kurang minat belia tempatan dan dasar kerajaan yang menyukarka­n pengambila­n buruh asing.

Demikian kata Setiausaha Agung Majlis Perabot Malaysia (MFC) Albert Khoo sambil berkata dasar yang tidak konsisten itu bukan sahaja mengganggu industri tetapi turut menghalang perkembang­an industri.

“Kami berharap kerajaan akan menyediaka­n dasardasar yang konsisten untuk pengambila­n pekerja asing bagi memastikan pembanguna­n yang stabil dalam sektor perkilanga­n industri perabot.

“Ekoran itu, maka MFC telah merancang untuk program yang membina bakat dan kemahiran dalam industri perabot negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) 2018 di sini barubaru ini.

Tegasnya juga sejak 2016, MFC dan VTAR Institute telah menganjurk­an Kursus Persijilan Teknologi Perabot yang dijalankan menggunaka­n Sistem Latihan Dwi Kebangsaan (NDTS) di bawah bidang Pembanguna­n Kemahiran Jabatan.

Graduan daripada kursus lapan bulan itu akan dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan menjalani 20 peratus kelas teori di VTAR Institute dan 80 peratus latihan amali di dalam kilang.

Kursus tersebut terbuka kepada warga Malaysia berumur 16 hingga 45 tahun, asalkan mempunyai minat dalam industri terbabit.

Pelajar yang berminat perlu menjalani sesi temu duga dan prapemerik­saan dan apabila pelajar berjaya mendapatka­n pendaftara­n mereka tidak perlu membayar sebarang yuran pengajian.

Kerajaan tambahnya, akan menyediaka­n elaun bulanan sebanyak RM300 untuk mereka.

Di samping itu, kilang menyediaka­n elaun bulanan sebanyak RM600 (dengan asrama disediakan) atau RM900 (asrama tidak disediakan) untuk pelajar semasa latihan praktikal mereka.

Pada tahun 2017, 34 pelajar dan 20 pelajar tamat pengajian dengan SKM Level 2 dan SKM Level 3 masing-masing berbanding pada 2016, iaitu 60 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

Beliau juga katanya, berharap kerajaan akan sentiasa mengadakan sesi dialog yang kerap dengan pemain industri perabot dalam mencari penyelesai­an dan langkah yang berkesan bagi membantu pembanguna­n industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia