Utusan Borneo (Sabah)

PBDS boleh jadi ‘perahu’ besar kepada masyarakat Dayak

-

SIBU: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) boleh menjadi ‘perahu’ besar kepada masyarakat Dayak dalam politik berbanding mereka sebelum ini yang banyak menjadi ahli kepada parti politik bangsa lain.

Pengerusi bagi kawasan wilayah tengah, Julius Enchana berkata sekarang sudah tiba masanya masyarakat Dayak memiliki parti sendiri dan harus dianggotai masyarakat itu sendiri.

“Kita tidak boleh selalu menjadi ‘pendayung’ kepada ‘perahu’ parti orang lain.

“Oleh itu, PBDS ditubuhkan bagi membolehka­n kita mempunyai ‘perahu’ sendiri dikemudika­n oleh orang Dayak sendiri,” katanya berucap pada Program Randau PBDS dan Parti Sarawak Baru (SB) di Rumah Peter Sayong, Sungai Durin, Sabtu lalu.

Beliau berkata, bangsa Dayak yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong harus mengubah pemikiran mereka tentang hala tuju politik kepada satu landasan sesuai iaitu PBDS.

Jelasnya, PBDS boleh menjadi suara kuat kepada bangsa Dayak menyalurka­n masalah kerana selama ini suara Dayak agak kurang didengari menerusi parti-parti tertentu.

“Justeru, pentingnya kita bersatu melalui satu parti sahaja iaitu PBDS agar Dayak nampak lebih kuat dalam politik seandainya kita semua bergabung.

“Perubahan landskap politik Dayak amat diperlukan sekiranya kita mahu melihat PBDS kuat dan disegani seperti dahulu,” jelasnya.

PBDS merupakan komponen SB meletakkan calonnya di konstituen­si DUN Dudong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan di DUN lain.

Selain PBDS, SB dianggotai Parti Pekerja Sarawak (SWP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR).

Dikhabarka­n SB sudah mula bersedia menghadapi PRN akan datang dengan mengadakan mesyuarat pengagihan 82 kerusi di antara mereka.

Mengenai PBDS dikhabarka­n meletakkan calonnya di DUN Dudong, Tuai Rumah Peter bersetuju mengenai perkara itu.

“Kerusi DUN Dudong sudah lama diwakili bangsa lain dan sekarang sudah tiba masanya kita mahu melihat orang Dayak mewakili kita.

“Pada PRN Ke-12 akan datang kita di Sungai Durin harus berfikir sedalamdal­amnya mengenai perubahan landskap politik sekarang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden SWP Engga Unchat, Pengerusi PBDS Kapit Mejar (B) Moses Ripai, Mengga Mikui (Selangau), Anjie Seli (Pasai Siong), John Siang (Pasai Bon) dan wakil TERAS Pasang Ngelambai.

 ??  ?? JULIUS (tujuh kiri) menyerahka­n borang menjadi ahli parti kepada Tuai Rumah Peter pada Program Randau PBDS dan SB di Sungai Durin, Sabtu lalu.
JULIUS (tujuh kiri) menyerahka­n borang menjadi ahli parti kepada Tuai Rumah Peter pada Program Randau PBDS dan SB di Sungai Durin, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia