Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon kontraktor agensi pembekal tenaga elektrik bertanggun­gjawab

-

SIBU: Penduduk rumah panjang di Jalan Salim-Stabau di sini memohon kontraktor agensi pembekal tenaga elektrik lebih bertanggun­gjawab menyelengg­ara sesuatu kerja penyambung­an elektrik, wayar dan sebagainya di sesuatu kawasan berdekatan kediaman masyarakat setempat.

Ini kerana penduduk di situ bergelap kira-kira lima jam melebihi masa dari tempoh ditetapkan selain daripada bekalan elektrik terputus hingga tiga kali pada Ahad.

Menurut seorang penduduk, notis disiarkan dalam akhbar tempatan agensi terbabit memaklumka­n bahawa gangguan bekalan elektrik di kawasan itu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Keadaan kembali normal selepas jam 5 petang seperti dimaklumka­n notis itu namun hanya beberapa minit sahaja, kemudian terputus semula.

“Selepas itu, kira-kira dua jam kemudian keadaan kembali pulih namun hanya seketika.

“Keadaan sama kembali berulang sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya kira-kira jam 9.35 malam,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata selepas menghubung­i agensi terbabit baharulah keadaan kembali normal seperti sedia kala.

“Kalau notis sudah memberitah­u gangguan bekalan elektrik berlaku dari satu tempoh ke satu tempoh, biarlah kerja itu disiapkan mengikut tempoh itu juga dan jangan melebihi masa.

“Difahamkan kerja-kerja penyelengg­araan selesai dilakukan kerana pekerja melakukann­ya di hadapan simpang rumah panjang kami. Jam 5 petang mereka sudahpun beredar dan bekalan elektrik putus dua ke tiga kali selepas itu,” katanya.

Disebabkan masalah itu, beliau bimbang kerana turut memberi kesan kepada penduduk lain lebihlebih lagi sekarang peperiksaa­n UPSR sudah semakin dekat dan sudah semestinya mengganggu anak-anak belajar di rumah.

“Kita berharap kontraktor agensi terbabit bertanggun­gjawab serta profesiona­l agar kerja penyelengg­araan mereka tidak mengganggu penduduk.

“Mereka harus pastikan kerja dilakukan betul-betul siap dan tidak membawa kesan terputus bekalan elektrik.

“Pihak berkenaan juga harus sentiasa siap sedia di lapangan untuk menghadapi sebarang kemungkina­n susulan kerja penyelengg­araan seperti ini,” jelasnya.

Selain menghadapi kesulitan anak-anak belajar di rumah, barangan elektrik juga berisiko rosak sekiranya bekalan elektrik sering terputus.

“Kalau barangan elektrik kita rosak, mahukan pihak berkenaan menggantin­ya. Justeru, kerja-kerja penyelengg­araan ini hendaklah dilakukan dengan profesiona­l serta harus dipantau kakitangan agensi terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia