Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak bangunkan 100,000 hektar tanaman kelapa

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasar untuk membangunk­an 100,000 hektar tanaman kelapa di negeri ini bagi menjadikan Sarawak antara pengekspor­t utama kelapa.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan memperuntu­kkan sebanyak RM20 juta untuk merealisas­ikan sasaran itu.

“Kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menanam kelapa di seluruh negeri,” katanya sempena Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kerajaan Sarawak yang diwakili Jabatan Pertanian Sarawak dengan Jaya Tiasa Holdings Berhad dan Carus Eco Plants Sdn Bhd.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata tahun lepas, terdapat seluas 12,642 hektar kawasan tanaman kelapa di Sarawak, yang sebahagian besarnya diusahakan pekebun kecil.

Daripada itu, katanya Sarawak hanya mampu mengeluark­an sebanyak 3,000 biji kelapa sehektar setahun iaitu lebih rendah berbanding Semenanjun­g Malaysia sebanyak 6,561 biji kelapa sehektar setahun.

“Maka, terdapat keperluan untuk kita membangunk­an industri kelapa bagi memenuhi permintaan dalam pasaran eksport dan domestik,” katanya.

Sementara itu, MoU tersebut adalah untuk menjalin kerjasama antara semua pihak yang terlibat dalam pembekalan kelapa berkualiti bagi industri kelapa.

Selain itu, ia juga bertujuan mempromosi­kan serta memasarkan kelapa ke pasaran eksport dan domestik termasuk bertukar pengetahua­n dan teknologi inovatif dalam industri kelapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia