Utusan Borneo (Sabah)

KWSP catat kenaikan jumlah caruman 10% pada suku kedua

Keseluruha­n jumlah caruman terkumpul RM780.07 bilion, naik 9.55%

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat 9.99 peratus kenaikan dalam jumlah caruman diterima pada suku kedua kepada RM18.17 bilion berbanding RM16.52 bilion dicatatkan pada suku tahun sama tahun lepas.

Ini menjadikan keseluruha­n jumlah caruman terkumpul sebanyak RM780.07 bilion, naik 9.55 peratus daripada RM712.04 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Datuk Mohd Naim Daruwish dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sehingga akhir Jun 2018, jumlah ahli KWSP mencecah 14.0 juta, iaitu 7.2 juta merupakan ahli aktif mencarum dengan pendaftara­n ahli baharu seramai 115,125 orang.

Pada suku tahun tersebut, jumlah pendaftara­n majikan baharu susut 2.57 peratus kepada 14,568 daripada 14,952 pada suku tahun sama 2017, menjadikan keseluruha­n jumlah majikan berdaftar dengan KWSP sehingga akhir Jun 2018 kepada 499,321.

Jumlah permohonan diluluskan untuk semua pengeluara­n meningkat 4.87 peratus kepada 598,919 daripada 571,130 pada suku kedua 2017.

Ini termasuk jumlah yang dikeluarka­n pada suku kedua 2018 sebanyak RM12.65 bilion berbanding RM12.48 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Mohd Naim berkata terdapat peningkata­n ketara dalam jumlah permohonan diluluskan untuk pengeluara­n fleksibel berbanding pengeluara­n penuh.

KWSP mencatatka­n kenaikan 48.65 peratus dalam permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Fleksibel Umur 55 Tahun kepada 67,969 pada suku kedua 2018 daripada 45,723 dalam tempoh sama 2017. Jumlah pengeluara­n naik kepada RM2.92 bilion daripada RM1.78 bilion.

Sementara itu, permohonan diluluskan untuk Pengeluara­n Fleksibel Umur 60 Tahun mencatatka­n peningkata­n 43.16 peratus kepada 40,276 (RM861.30 juta) daripada 28,133 (RM637.61 juta) pada tahun sebelumnya. -Bernama

“Ini menjadikan keseluruha­n jumlah caruman terkumpul sebanyak RM780.07 bilion, naik 9.55 peratus daripada RM712.04 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.

DATUK MOHD NAIM DARUWISH Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia