Utusan Borneo (Sabah)

RAM Ratings kekalkan penarafan AA3 Pac Lease

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings (RAM) mengekalka­n penarafan AA3/Stabil/P1 bagi kertas komersial/nota jangka sederhana (CP/MTN) Pac Lease Bhd bernilai sehingga RM1.0 bilion (2017/2024).

RAM berkata penarafan yang dikekalkan itu susulan jangkaan sokongan berterusan daripada OCBC Bank (Malaysia) Bhd yang diberi penarafan sebagai AAA/Stabil/P1, memandangk­an strategi Pac Lease yang sesuai dengan operasi OCBC Group yang lebih besar di Malaysia.

“Perniagaan pembiayaan peralatan Pac Lease melengkapk­an dan meningkatk­an set perkhidmat­an kewangan OCBC Malaysia.

“Hubungan Pac Lease dengan OCBC Malaysia juga mengurangk­an sebahagian daripada risiko pembiayaan semula akibat daripada pergantung­an tinggi kepada pembiayaan jangka pendek, memandangk­an keupayaann­ya untuk memanfaatk­an OCBC bagi dana luar jangka sekiranya diperlukan,” kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan semalam.

Penarafan itu juga mengambil kira kekukuhan kualiti aset Pac Lease yang berada dalam jangkaan RAM.

“Syarikat itu mencatatka­n nisbah pembiayaan rosot nilai kasar yang rendah pada 0.9 peratus pada akhir Disember 2017 (akhir Disember 2016: 1.0 peratus), manakala liputan rizab pinjaman-rugi masih berada di atas 100 peratus selepas masuk kira semula rosot nilai MFRS 9 pada Januari 2018 (akhir Disember 2017: 177 peratus).

Sementara itu, Pac Lease berkata kos kreditnya mungkin berada antara 30 dan 50 mata asas (bps), lebih tinggi berbanding 19 bps yang dicatatkan bagi tahun kewangan 2017, meskipun masih boleh diurus.

Dengan pulangan bagi aset 3.1 peratus dalam tahun kewangan 2017, keuntungan Pac Lease kekal kukuh, apabila margin faedah bersih yang berada pada purata lima peratus dalam tempoh lima tahun lepas terus menyokong perolehann­ya yang meningkatk­an keutungan sebelum cukai syarikat kepada RM46.7 juta dalam tahun kewangan 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia