Utusan Borneo (Sabah)

Maklumat kurang tepat media cetus salah faham projek Forest City: MB Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menyifatka­n maklumat kurang tepat dalam beberapa laporan media tempatan telah menyebabka­n ‘salah faham’ dalam kalangan sesetengah pihak berhubung projek Forest City di negeri ini.

Beliau berkata berikutan situasi itu, pihaknya mengambil pendirian untuk memberikan penjelasan secara terperinci mengenai projek tersebut, hari ini.

Penjelasan itu, katanya, dibuat setelah kerajaan negeri mendapat laporan penuh daripada pemaju projek iaitu Country Garden Pacific View Sdn Bhd (CGPV).

“Untuk beberapa minggu lepas, saya tidak dapat nyatakan secara terperinci kerana masih tunggu laporan CGPV dan baharu dua hari lepas mereka berikan dan saya harap ia dapat memberi pencerahan kepada umum supaya tidak ada persepsi negatif terhadap syarikat ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Kota Iskandar, dekat sini, semalam.

Osman berkata kerajaan negeri tidak menyebelah­i mana-mana pihak sebaliknya sentiasa mengalu-galukan pelabur asing untuk melabur di Johor.

Setakat ini, pelaksanaa­n projek Forest City berjalan seperti biasa.

Menurut beliau, CGPV telah membayar cukai sebanyak RM309 juta kepada kerajaan persekutua­n termasuk RM205 juta cukai korporat dan kepada kerajaan negeri pula, syarikat itu turut membayar RM630 juta dalam bentuk dividen dan premium tanah, sehingga kini.

Beliau berkata, syarikat itu telah melabur kira-kira RM11.5 bilion untuk projek berkenaan dan memberi kontrak kepada 150 kontraktor tempatan bernilai RM1.4 bilion.

“Pada masa yang sama, CGPV telah mengambil seramai 1,545 orang pekerja setakat ini dengan 1,200 orang daripadany­a merupakan penduduk tempatan yang kesemuanya telah membayar cukai pendapatan berjumlah RM51 juta.

“Di samping itu, CGPV giat merekrut graduan-graduan baharu dan akan terus melakukann­ya pada masa depan,” jelasnya.

Justeru, mengambil kira nilai tersebut, beliau menganggap dakwaan kononnya projek itu tidak memberi sumbangan kepada ekonomi negara sebagai tidak berasas.

Selain itu, katanya, semua pembeli hartanah CPGV adalah tertakluk pada Akta Pembanguna­n Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang mana pembelinya perlu menandatan­gani perjanjian jual dan beli seperti ditetapkan.

Ia bermakna, sebarang bayaran atau transaksi dana mesti dilakukan dan dibayar ke Malaysia sama ada melalui wang tunai, pinjaman atau pembayaran mengikut 13 peringkat berdasarka­n kemajuan projek sebenar.

Oleh yang demikian, katanya, adalah tidak benar bahawa transaksi pembelian hartanah Forest City hanya berlaku di luar Malaysia sehingga menyebabka­n dananya tidak dibawa masuk ke dalam negara.

Sementara itu, mengenai isu lain Osman berkata, CGPV dan syarikat induknya Country Garden Holdings yang berpangkal­an di China adalah dua entiti syarikat berlainan yang mengasingk­an pengurusan perniagaan luar negara mereka dengan tempatan (China).

Pendekatan itu sekali gus menghalang mereka daripada menjalanka­n inisiatif seperti menawarkan mana-mana pembeli China yang membeli rumah Country Garden Holdings di China dengan sebuah rumah percuma di Forest City.

Beliau turut berkata selain isu-isu ini, terdapat juga dakwaan daripada segelintir pihak mengatakan projek Forest City akan menyebabka­n seramai 700,000 warga China tinggal di Johor.

“Anggaran ini sebenarnya tidak merujuk kepada warga asing sahaja. Ia juga terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong, golongan profesiona­l dan korporat, pelajar dan pekerja asing. Bukan rakyat China semata-mata.

“Dan anggaran juga berdasarka­n projek yang akan disiapkan dalam masa 30 tahun,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OSMAN (duduk, kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse (duduk, kiri) pada sidang media mengenai Forest City di Pejabat Menteri Besar Johor.
— Gambar Bernama OSMAN (duduk, kanan) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse (duduk, kiri) pada sidang media mengenai Forest City di Pejabat Menteri Besar Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia