Utusan Borneo (Sabah)

Makanan laut dikecualik­an SST

-

PUTRAJAYA: Makanan laut dalam kategori krustasia dan moluska dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bahan mentah daripada kedua-dua kategori itu termasukla­h udang, udang kara, sotong, tiram, kerang, kepah dan abalon.

Katanya, pengecuali­an itu dibuat susulan aduan orang ramai mengenai hasil laut seperti udang, ketam dan kerang dikenakan SST pada kadar 10 peratus.

“Barangan ini dikenakan SST pada kadar 10 peratus kerana dilonggokk­an (dikategori­kan) bersama makanan mewah seperti abalone,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.

Lim berkata beliau telah mengarahka­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melaksanak­an segera pengecuali­an SST terhadap makanan laut tersebut.

Menurutnya, walaupun pengecuali­an tersebut turut merangkumi makanan mewah seperti abalone, namun semakan akan dibuat dari semasa ke semasa sehingga hujung tahun ini.

“Kita akan melihat sama ada akan mengeluark­an atau mengenakan SST kepada abalone dan lain-lain. Buat masa ini kita lakukan sekali gus sahaja (mengecuali­kan semua produk di bawah kategori itu),”katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata satu pewartaan telah dikeluarka­n berhubung Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualik­an Daripada Cukai) 2018.

Katanya ‘Guide on Proposed Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Cadangan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) yang dimuat naik di laman web mysst.customs.gov.my itu menyenarai­kan 3,564 barangan untuk rujukan pengguna dan pihak industri.

“Bagaimanap­un, senarai ini bukan senarai penuh kepada barang-barang yang dikenakan atau dikecualik­an SST. Panduan ini merangkumi sebilangan barang-barang kepengguna­an,” katanya.

Paddy berkata panduan itu dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan digantikan dengan ‘Guide on Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) berdasarka­n kepada perwartaan perintah dan perundanga­n yang berkuatkua­sa.

Sementara itu mengenai isu ikan masin, beliau mengakui JKDM telah terlepas pandang kerana tidak mengecuali­kan ikan masin daripada dikenakan SST 10 peratus seperti diarahkan Lim.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluark­an arahan pengecuali­an seperti yang diarahkan dengan segera. Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia