Utusan Borneo (Sabah)

FWI rancakkan hubungan perdaganga­n wilayah perbatasan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penganjura­n Festival Wonderful Indonesia (FWI) di daerah ini pada 7 hingga 9 September ini diharap merancakka­n hubungan perdaganga­n antara wilayah perbatasan.

Utusan Borneo difahamkan, FWI 2018 dirangka dengan matlamat utamanya untuk membina jalinan hubungan ekonomi menerusi perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistijo Djati Ismojo berkata matlamat itu mengambil-kira faktor lokasi dan aktiviti ekonomi yang berpotensi.

“Kita akan mengundang pengusaha dari Indonesia, khususnya di Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara) kerana faktor lokasinya yang lebih dekat dengan Tawau.

“Pengusaha-pengusaha ini terdiri daripada mereka yang aktif mengusahak­an produk seperti makanan, kraftangan, pelanconga­n, pelaburan dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi ringkas bersama pengusaha di daerah ini yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman, di sini pada Isnin.

Djati berkata, peluang yang diwujudkan menerusi FWI itu diharap tidak disia-siakan oleh pengusaha dari negara ini untuk melihat peluang perniagaan di Indonesia.

“Kami berharap pengusaha di Malaysia khususnya di Tawau akan memberikan maklum-balas positif dan melihat sendiri potensi yang ditawarkan,” katanya.

Ma’mun yang ditemui pula memuji inisiatif KRI Tawau menganjurk­an FWI yang disifatkan berpotensi untuk mewujudkan peluang ekonomi baharu di kawasan sempadan.

Beliau percaya kerancakan hubungan perdaganga­n Malaysia-Indonesia akan menjadi lebih positif selaras dengan keputusan kerajaan untuk membuka semula barter-trade.

“Kita berharap peluang yang ada dimanfaatk­an oleh semua pihak, khususnya pemain industri supaya dapat menjalin hubungan baik dengan negara jiran.

“Maklum balas positif kerajaan juga diharap menggalakk­an lagi aktiviti perdaganga­n di sempadan khususnya Kalabakan supaya berjalan mengikut undangunda­ng,” katanya.

 ??  ?? PENGUSAHA tempatan serta pegawai KRI Tawau merakamkan foto bersama Djati dan Ma’mun.
PENGUSAHA tempatan serta pegawai KRI Tawau merakamkan foto bersama Djati dan Ma’mun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia