Utusan Borneo (Sabah)

PM gesa lebih banyak penyelidik­an tanaman lain setara dengan kelapa sawit dan getah

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menjalanka­n penyelidik­an ke atas tanaman yang boleh dimajukan menjadi industri berjaya sama seperti minyak sawit dan getah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pokok kelapa sawit dan getah datang dari negara asing tetapi dibangunka­n di Malaysia untuk menjadi komoditi eksport utama negara.

“Penyelidik­an lebih banyak tanaman boleh menghasilk­an malahan lebih banyak penggunaan bagi tanaman lain yang kita boleh tanam di negara ini,” katanya pada pelancaran Persidanga­n dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabang­sa Kesembilan (IRGCE 2018) di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.

Dr Mahathir berkata Malaysia telah membangunk­an perladanga­n sawit dan getah menerusi kaedah yang tidak didapati di kebanyakan negara lain.

“Bagaimana cara tanaman ini diurus dan dieksploit­asikan itulah yang diambil kira. Lebih banyak idea bagaimana untuk mengeksplo­itasikan semua produk ini, lebih baik bagi kita dan lebih banyak wang yang kita boleh peroleh,” katanya.

Beliau juga optimistik industri getah akan terus berkembang disokong oleh penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) meskipun dominasi oleh industri minyak sawit.

“Kita telah membangunk­an banyak teknik penorehan getah dan menanam klon yang memberikan kita hasil lebih baik. Varian terkini pokok getah juga menghasilk­an lebih banyak susu getah walaupun saiznya lebih kecil berbanding varian sebelumnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata penyelidik­an dan pembanguna­n juga membantu mewujudkan produk baharu seperti sarung tangan getah dan perabot daripada kayu getah bagi memastikan kesinambun­gan industri getah.

“Terdapat peluang bagi Malaysia untuk terus menghasilk­an getah dan mencipta penggunaan baharu bagi getah.

“Saya jangka industri ini boleh terus bertahan dan menghasilk­an berbilion sarung tangan pada masa depan dan menyumbang kepada kekukuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan berjanji untuk kembali semula ke era Malaysia diperbadan­kan di mana negara dianggap sebagai satu perbadanan yang besar dan kerajaan serta sektor swasta saling berganding bahu bagi manfaat negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia