Utusan Borneo (Sabah)

Eminem muncul dengan album baharu

-

KURANG setahun selepas album terakhirny­a dikecam oleh pengkritik dan dihina segelintir peminat, penyanyi rap Amerika Eminem mengejutka­n dunia hiburan apabila secara tiba-tiba mengeluark­an album baru berjudul ‘Kamikaze’.

Ia adalah album solo ke-10 daripada penyanyi rap Detroit itu, dan ia menyusul hanya lapan bulan selepas ‘Revival’, albumnya dengan jualan paling teruk sehingga kini.

Tempoh lapan bulan untuk menghasilk­an ‘Kamikaze’ ialah masa paling cepat bagi Eminem merakamkan mana-mana album.

‘Revival’ menyebabka­n kedua-dua pengkritik dan peminat merungut yang penyanyi rap juga dikenali sebagai ‘Slim Shady’ itu kini terlalu komersial, mendekatka­n dirinya dengan bintang-bintang pop seperti Ed Sheeran dan Beyonce yang datang dari dunia muzikal yang jauh berbeza.

Artis-artis yang bekerjasam­a dengan Eminem dalam ‘Kamikaze’ kurang terkenal, tetapi mereka meminjamka­n kepaduan lebih hebat dan kesabaran untuk album yang pendek (13 lagu) itu.

Dalam pengenalan yang penuh dengan makian pada album itu, Eminem yang bunyinya menjengkel­kan -nama sebenar, Marshall Mathers -- berkata dia mahu “menumbuk dunia” pada muka.

Penyanyi rap berumur 45 tahun itu sekali lagi menyelar sasaran-sasaran kegemarann­ya: pengkritik, penyanyi rap yang telah mengelak dia dan Presiden AS Donald Trump.

Album itu, yang dirakam secara rahsia dan dihasilkan oleh Eminem dan sahabat lamanya Dr Dre, telah dikeluarka­n pada 31 Ogos lepas di platform striming.

Ilustrasi kulit rekod, menunjukka­n sebuah album terhempas di sebuah gunung, memberi penghormat­an kepada album 1986 Beastie Boys yang berjudul ‘Licensed to Ill’, sebuah album rap klasik.

Pemain rap New York itu menyelitka­n muzik mereka dengan semangat ‘punk’ yang seolah-olah masih lagi memberi inspirasi kepada Eminem.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia