Utusan Borneo (Sabah)

Irama malar segar dalam Dimensi Legenda bertemakan ‘Sukma Rindu’ di TV1

-

PLATFORM terbaik bagi menarik golongan muda untuk mengenali penyanyi lama yang pernah menggempar­kan industri muzik tanah air diketengah­kan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Dimensi Legenda yang disiarkan setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV1.

RTM nyata sentiasa menyatakan penghargaa­n diberikan kepada penyanyi lama dan turut menyatukan­nya dengan penyanyi baharu setiap minggu dengan tema dan artis yang berbeza.

Justeru minggu ini, 9 September 2018, program yang diterbitka­n oleh Ain Sabrina On, Unit Hiburan TV RTM tampil dengan tema Sukma Rindu, hiburan santai gabungan lagu-lagu Melayu asli, zapin, inang, joget, dondang sayang, keroncong dan deli untuk semua penonton.

Dirakamkan pada 11 Julai lalu di Studio 1, Wisma TV Angkasapur­i, legenda yang terlibat membuat persembaha­n Aspalela

Abdullah,

Dato’ Andre Goh, Dato’ Yusni Hamid, Ana Bintang RTM dan Asmidar. Persembaha­n turut diiringi oleh Penari Kumpulan Malay World Cultural Paradise.

Bersama pengacara Raja Azura, lagu-lagu malar segar yang masih diingati adalah Joget Penghibur, Permata Saadah, Ibunda Tercinta, Selamat Tinggal Bungaku, Bunga Hati,Mas Merah, Nak Dara Rindu, Dondang Sayang Mambo, dan Penawar Rindu.

Penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n lagu Yaladan, Ubek Den Denai, Disebut Jangan Dikenang Jangan, Empat Dara dan Bergending Dang Ding.

Istimewany­a ia menyelitka­n segmen Memori Untukmu khas kepada dua nama besar dalam industri iaitu legenda Allahyarha­m Datin Orkid Abdullah dan Dato’ Sharifah Aini.

 ??  ?? RAJA AZURA
RAJA AZURA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia