Utusan Borneo (Sabah)

Ribut: 30 sekolah di Terengganu diarah kemuka laporan kerosakan

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahka­n pihak pengurusan lebih 30 sekolah di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang dilanda ribut petang semalam, supaya membuat laporan dan penilaian kerosakan yang dialami.

Pengarahny­a, Shafruddin Ali Hussin berkata kesemua sekolah itu perlu meminta kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat anggaran kerosakan.

“Pegawai pendidikan daerah, pengetua atau guru besar dikehendak­i mengemas kini laporan kerosakan dan membuat laporan polis bagi membolehka­n permohonan kecemasan dibuat dengan Kementeria­n Pendidikan.

“Pengurusan sekolah juga perlu mengutamak­an keselamata­n murid dengan menanda pita keselamata­n di kawasan sekolah yang mungkin berbahaya susulan ribut petang semalam,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Ini adalah kejadian ribut yang kedua berlaku dalam tempoh dua minggu di Terengganu.

Shafruddin berkata dalam kejadian ribut di Dungun sebelum ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas 1, SK Durian Mas 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas paling teruk terjejas dengan kerugian dianggarka­n lebih RM500,000.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata pihaknya menerima lebih 20 aduan kes pokok tumbang di dua daerah itu.

“Operasi membersihk­an persekitar­an kawasan pokok tumbang turut dibantu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tenaga Nasional Berhad dan penduduk kampung.

“Operasi dihentikan setakat pukul 2 pagi tadi dan kerja pembersiha­n disambung semula pukul 7 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya hari ini (Selasa),” katanya.- Bernama

 ??  ?? GURU Sekolah Kebangsaan (SK) Losong, Abdul Halim Abdullah menunjukka­n serpihan bumbung dan atap sekolah yang rosak akibat kejadian ribut petang Isnin. Lebih 30 buah sekolah di daerah ini dan Kuala Nerus rosak dilanda ribut dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
GURU Sekolah Kebangsaan (SK) Losong, Abdul Halim Abdullah menunjukka­n serpihan bumbung dan atap sekolah yang rosak akibat kejadian ribut petang Isnin. Lebih 30 buah sekolah di daerah ini dan Kuala Nerus rosak dilanda ribut dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia