Utusan Borneo (Sabah)

Jebi yang membawa angin lebih 200kmsj mengganas waktu tengah hari di barat negara itu Taufan terkuat dalam sejarah suku abad badai Jepun

-

TOKYO: Taufan paling kuat melanda Jepun dalam sejarah 25 tahun membadai semalam, menurut agensi cuaca di negara ini, membawa angin kuat dan hujan lebat yang mendesak bagi amaran pemindahan.

Taufan Jebi, membawa angin sehingga 216 kilometer sejam (kmsj), menyerang sekitar waktu tengah hari di barat Jepun berhampira­n beberapa kawasan yang sedang pulih akibat hujan maut dalam rekod awal musim panas ini.

Perdana Menteri Shinzo Abe menggesa orang ramai untuk berpindah lebih awal dan mengarahka­n kerajaanny­a agar mengambil semua langkah yang diperlukan bagi melindungi rakyat.

Agensi cuaca Jepun mengeluark­an amaran mengenai kemungkina­n tanah runtuh, banjir dan angin kencang, termasuk ombak tinggi, panahan kilat dan puting beliung di kawasan barat termasuk beberapa bandar utama Osaka dan Kyoto.

Dengan angin selaju hingga 162 kmsj pada pusatnya, Jebi dikelaskan sebagai taufan yang amat kuat, menurut ketua peramal cuaca agensi cuaca Ryuta Kurora.

“Ini adalah yang paling kuat sejak 1993,” katanya.

Dalam masa beberapa jam sebelum ribut itu menyerang, Shikoku, salah satu daripada empat pulau utama di Jepun, dikatakan mengalami ribut kuat yang dijangka meningkatk­an kekuatanny­a, tambah beliau.

Ketika ribut semakin menghampir­i, Abe menyeru mesyuarat respons bencana serta membatalka­n lawatan ke barat Jepun.

“Saya menggesa penduduk Jepun agar mengambil tinfakan bagi melindungi nyawa anda, termasuk bersedia dan berpindah lebih awal,” kata beliau.

Beliau telah mengarahka­n kabinetnya agar mengambil semua langkah yang perlu.

Media tempatan memberikan amaran kelajuan angin Jebi cukup kuat untuk merobohkan rumah kayu tradisiona­l dan tiang elektrik, serta menggesa orang ramai di kawasan terjejas agar mengelakka­n perjalanan yang tidak penting.

Arahan pemindahan dikeluarka­n bagi lebih 300,000 orang di barat Jepun, termasuk 280,000 di bandar pelabuhan Kobe, dengan pegawai tempatan menyediaka­n kira-kira 1,500 khemah, menurut kerajaan pusat dan tempatan.

Sekolah rendah dan menengah di kawasan terjejas telah ditutup bagi sebab-sebab keselamata­n, sementara perniagaan wilayah turut bertindak dengan segera, dengan sebuah firma perkhidmat­an kereta api utama dan Universal Studios Japan di Osaka ditutup semalam.

Hampir 600 penerbanga­n dibatalkan, termasuk beberapa penerbanga­n antarabang­sa yang berlepas dan tiba di Nagoya dan Osaka, di samping perkhidmat­an feri di barat Jepun.

Jebi mempunyai satu trajektori yang sama dengan Taufan Cimaron, yang melanda pada 23 Ogos, mengganggu perkhidmat­an pengangkut­an namun menyebabka­n kerosakan terhad dan beberapa kecederaan.

Jepun sekarang berada dalam musim taufan tahunannya dan sering kali dilanda ribut utama semasa musim panas dan luruh.

Negara tersebut berdepan keadaan panas dalam rekod, gelombang haba berbahaya yang ditamatkan dengan penurunan hujan di beberapa bahagian di barat dan tengah Jepun yang mengorbank­an lebih 200 orang. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BOT dan kapal terapung bersama puing semasa Jebi membadai bandar Nishinomiy­a di wilayah Hyogo, semalam dalam gambar yang diperolehi daripada video Twitter.
— Gambar Reuters BOT dan kapal terapung bersama puing semasa Jebi membadai bandar Nishinomiy­a di wilayah Hyogo, semalam dalam gambar yang diperolehi daripada video Twitter.
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Polis Wilayah Kagawa semalam yang diterima menerusi Jiji Press menunjukka­n sebuah trak nyaris tumbang setelah ditiup angin kuat di atas jambatan Seto Ohashi di Sakade ketika Jebi membadai pulau Shikoku.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Polis Wilayah Kagawa semalam yang diterima menerusi Jiji Press menunjukka­n sebuah trak nyaris tumbang setelah ditiup angin kuat di atas jambatan Seto Ohashi di Sakade ketika Jebi membadai pulau Shikoku.
 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG wanita menggunaka­n payung bergelut menentang angin kuat dan hujan ketika Jebi membadai Tokyo, semalam.
— Gambar Reuters SEORANG wanita menggunaka­n payung bergelut menentang angin kuat dan hujan ketika Jebi membadai Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia