Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran muzium Rio saksikan ‘manusia pertama’ rentung

-

RIO DE JANEIRO: Brazil kelmarin meratapi kehilangan ‘rakyat pertamanya’ Luzia, selepas fosil berusia 12,000 tahun itu rentung dalam kebakaran besar yang memusnahka­n Muzium Negara di Rio de Janeiro.

Tarikan utama dalam koleksi muzium yang mempunyai 20 juta barangan berharga, Luzia merupakan fosil manusia pertama ditemui di Brazil, di barat daya wilayah Minas Gerais pada 1970.

“Luzia merupakan kehilangan yang tidak ternilai bagi semua orang yang berminat dengan ketamaduna­n,” kata Paulo Knauss, pengarah muzium sejarah negara di Brazil.

Berdasarka­n tengkorakn­ya, pihak penyelidik di University of Manchester di Britain telah berjaya untuk menghasilk­an imej digital wajahnya, yang digunakan sebagai asas untuk sebuah patung yang dipamerkan dalam muzium itu yang terbakar pada malam Ahad.

“Luzia telah mati di dalam kebakaran,” menurut Katia Bogea, presiden Institut Warisan Sejarah dan Kesenian Negara, ketika dipetik akhbar Estado de S. Paulo.

Beliau menyatakan tragedi tersebut gara-gara penguranga­n bajet yang besar sekali gus kehilangan budaya.

Knauss menyatakan kekurangan dana adalah disebabkan krisis nilai yang melanda negara selama beberapa tahun.

“Ia merupakan satu masalah lama namun kami perlu untuk berhenti bercakap mengenai masa lepas dan memikirkan tentang masa depan untuk mengembali­kan proses yang telah memalukan kami dalam berdepan dengan generasi akan datang,” jelas beliau.

Dianggap sebagai muzium sejarah semula jadi paling penting di Amerika Latin, Muzium Negara Brazil yang menyambut ulang tahun ke-200nya pada Jun, terkenal dengan koleksi paleotolog­inya.

Bekas istana diraja yang menempatka­n satu rangka tulang dinosaur turut ditemui di Minas Gerais, termasuk 26,000 fosil spesies yang telah pupus termasuk harimau bertaring panjang yang terkenal. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMANDANGA­N dari udara menunjukka­n keadaan Muzium Negara Brazil selepas kebakaran dipadamkan di Rio de Janeiro, kelmarin.
— Gambar Reuters PEMANDANGA­N dari udara menunjukka­n keadaan Muzium Negara Brazil selepas kebakaran dipadamkan di Rio de Janeiro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia