Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Palestin bawa pisau ditembak mati di Tebing Barat

-

HEBRON, Wilayah Palestin: Seorang rakyat Palestin yang membawa sebilah pisau ketika menghampir­i pos pemeriksaa­n tentera Israel di Tebing Barat yang ditawan kelmarin ditembak mati oleh anggota tentera, menurut pihak tentera.

Insiden berlaku berhampira­n Kiryat Arba, penempatan haram Yahudi berhampira­n bandar tumpuan rakyat Palestin Hebron di selatan Tebing Barat.

Tiada peneroka haram Yahudi ataupun askar rejim yang tercedera.

Pihak polis Palestin telah mengenal pasti lelaki yang terkorban sebagai Wael alJabari, 27 tahun.

Satu gelombang serangan bersenjata­kan pisau oleh rakyat Palestin meletus pada 2015.

Pada 26 Julai, seorang rakyat Palestin membunuh seorang peneroka haram Yahudi dan mencederak­an dua lagi dalam serangan pisau di kawasan penempatan Israel, Adam di Tebing Barat.

Rakyat Palestin itu telah ditembak mati.

Dalam kejadian berasingan, terdapat juga ketegangan selama beberapa bulan di sepanjang sempadan IsraelGaza selepas bantahan dan pertempura­n bermula di sana pada 30 Mac.

Beberapa minggu lepas bagaimanap­un menyaksika­n keadaan bertenang ketika pegawai PBB dan Mesir cuba mencapai perjanjian jangka panjang di antara Israel dan Hamas, pergerakan Islam yang mentadbit enklaf Palestin.

Rejim Israel telah melancarka­n tiga serangan besar-besaran ke atas penduduk Palestin di Gaza sejak 2008. — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki Palestin bertengkar dengan askar Israel berhampira­n tempat kejadian di mana mangsa ditembak mati ketika cuba menikam seorang askar dengan pisau di Hebron, Tebing Barat kelmarin. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki Palestin bertengkar dengan askar Israel berhampira­n tempat kejadian di mana mangsa ditembak mati ketika cuba menikam seorang askar dengan pisau di Hebron, Tebing Barat kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia