Utusan Borneo (Sabah)

Lebih dua bilion euro diikrar untuk banteras Boko Haram

-

BERLIN: Satu persidanga­n penderma antarabang­sa di Berlin telah menjanjika­n sejumlah 2.17 bilion euro kelmarin bagi membantu negara-negara di Lake Chad untuk menentang Boko Haram, menurut pihak penganjur.

Kementeria­n luar Jerman menyatakan bantuan akan diagihkan dalam beberapa tahun akan datang kepada Nigeria, Chad, Niger dan Cameroon, di mana kumpulan pejuang sering melancarka­n serangan bom nekad dari pangkalann­ya di Lake Chad.

Sebanyak AS$467 juta lagi akan disediakan dalam bentuk pinjaman berkadar rendah, menurut kenyataan tersebut.

Jerman menyatakan ia ingin menambah 100 juta euro lagi dalam bantuan kemanusiaa­n ke wilayah pada 2020, termasuk 40 juta euro bagi pencegahan dan kestabilan konflik.

“Persidanga­n ini menunjukka­n tiada perkara yang mustahil dilakukan apabila kami bekerjasam­a,” menurut Menteri Luar Jerman Heiko Maas.

Persidanga­n itu telah mengumpulk­an AS$672 juta pada tahun lepas.

Sebelum pertemuan pada tahun ini, kira-kira 10 organisasi bukan kerajaan yang aktif di wilayah menyatakan 11 juta orang dalam wilayah bergolak itu sangat memerlukan bantuan kemanusiaa­n.

“Keganasan termasuk operasi ketenteraa­n di sekitar empat negara telah menyebabka­n 2.4 juta kehilangan tempat tinggal serta mennyebabk­an lima juta lagi kekurangan makanan sementara mengurangk­an aktiviti ekonomi degan ketara,” menurut kenyataan yang ditandatan­gani NGO termasuk Suruhanjay­a Pelarian Norway, Save the Children dan Action Against Hunger.

Konflik memburukka­n situasi kemanusiaa­n di salah satu wilayah paling miskin di dunia.

Wilayah sekitar tasik itu sukar dimasuki dan kebanyakan bantuan kemanusiaa­n harus dihantar dengan konvoi bersenjata dan kakitangan yang dibawa dengan helikopter yang memakan kos tinggi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MAAS menyampaik­an ucaptama semasa persidanga­n aras tinggi mengenai wilayah Lake Chad di Pejabat Luar di Berlin, kelmarin.
— Gambar AFP MAAS menyampaik­an ucaptama semasa persidanga­n aras tinggi mengenai wilayah Lake Chad di Pejabat Luar di Berlin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia