Utusan Borneo (Sabah)

Rakan subahat serangan muzium Brussels dipenjara kerana mengugut

-

MARSEILLE: Mahkamah Perancis kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun atas cubaan peras ugut terhadap Nacer Bendrer, dikatakan rakan subahat dalam serangan 2014 ke atas sebuah muzium Yahudi di Belgium.

Bendrer, 30, seorang rakyat Perancis, hadir di mahkamah di bandar selatan Marseille dan menafikan tuduhan yang dikemukaka­n adik lelaki pengedar dadah tempatan, bahawa dia dan seorang lelaki lagi, salah seorang daripada mereka membawa selaras Kalashniko­v, telah menuntut senjata dan wang 100,000 euro.

“Ia adalah palsu, palsu sepenuhnya,” tegas Bendrer, yang berada dalam penahanan di rumah pada masa cubaan peras ugut pada 2017.

Hakim prosiding menyatakan motif kejadian masih lagi belum dipastikan namun mungkin ada kaitan dengan pergaduhan di sebuah bar snek.

Bendrer dituduh di Belgium sebagai rakan subahat rakyat Perancis Mehdi Nemmouche, yang berdepan perbicaraa­n di Brussels kerana dikatakan membunuh empat orang di sebuah muzium Yahudi empat tahun lepas dalam satu serangan pelampau.

Perbicaraa­n mereka dijangka dijalankan lewat tahun ini atau awal tahun depan.

Pada 24 Mei, 2014 seorang penyerang bersenjata­kan selaras raifal serangan melepaskan tembakan di dewan masuk muzium di tegah bandar utama Belgium, membunuh dua pelancong Israel, seorang sukarelawa­n Perancis dan seorang penyambut tetamu.

Enam hari kemudian Nemmouche ditangkap di selatan Perancis di bandar pelabuhan Marseille ketika turun dari bas di Brussels.

Nemmouche pulang dari Syria di mana dia berperang bersama pihak ekstremis.

Nacer Bendrer didakwa secara rasmi sebagai rakan subahat dalam serangan pada Februari 2015 di Brussels, dua bulan selepas penahanann­ya berhampira­n Marseille kerana memiliki beberapa jenis senjata termasuk selaras raifal serangan Kalashniko­v seperti yang digunakan dalam serangan di muzium Yahudi.

Nemmouche dikaitkan dengan Abdelhamid Abaaoud, ketua kumpulan serangan senjata dan pengeboman pada 13 November, 2015 di Paris yang mengorbank­an 130 orang dan mencederak­an beratus-ratus orang lagi.

Abaaoud mati ketika berbalas tembakan dengan anggota polis berhampira­n ibu negara Perancis beberapa hari selepas serangan.

Serangan di Paris dirancang di Brussels oleh kumpulan sama yang melakukan pengeboman nekad di lapangan terbang bandar utama Belgium dan sebuah stesen kereta api metro pada 22 Mac, 2016 yang mengorbank­an 32 orang.

Kumpulan Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab atas serangan Paris dan serangan di Brussels pada 2016. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia