Utusan Borneo (Sabah)

TPK Mix juara Piala Ketua Hakim Negara Kaiduan 2018

- TPK Mix ketika menerima Piala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum selaku juara.

PAPAR: Pasukan TPK Mix muncul juara bergaya pada Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum anjuran Kesatuan Belia Kampung Kaiduan, Bolotikon dan Bisuang di sini, baru-baru ini.

Bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Kaiduan, TPK Mix nyata berada pada kelasnya tersendiri apabila mempamerka­n permainan mantap menewaskan KDMK FC 2-0 pada aksi perlawanan akhir.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n pasukan TPK Mix meraih hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan, medal dan hadiah utama iaitu piala pusingan kejohanan.

Pasukan itu turut menerima wang tunai RM100 apabila juga dinobatkan sebagai penerima anugerah Pasukan Terbaik kejohanan.

KDMK FC pula selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM1,500, piala iringan dan medal.

Sementara itu, persaingan merebut tempat ketiga dan keempat antara pasukan M&G FC dan Ovai Megah United turut menampilka­n aksi menarik apabila perlawanan seimbang yang menyaksika­n kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Namun tuah lebih memihak kepada M&G FC apabila berjaya untuk menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk menang tipis sekali gus meraih hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan medal selaku pemenang tempat ketiga.

Ovai Megah United selaku pemenang tempat keempat menerima hadiah wang tunai RM700, piala iringan dan medal.

 ??  ?? PASUKAN
PASUKAN
 ??  ?? ALBUM kenangan pasukan TPK Mix dan pasukan KDMK FC sebelum perlawanan akhir bermula.
ALBUM kenangan pasukan TPK Mix dan pasukan KDMK FC sebelum perlawanan akhir bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia