Utusan Borneo (Sabah)

ATM A, Damai Eco juara Volleyball Open Man And Women KV Labuan 2018

-

LABUAN: Karnival Sukan VOCLAB 2018 anjuran Unit Sukan dan Kokurikulu­m Kolej Vokasional Labuan telah berlangsun­g di Dewan Arena Perbadanan Labuan, WP Labuan, baru-baru ini.

Karnival Sukan yang julung kalinya diadakan pada tahun ini mendapat sambutan yang memberangs­angkan.

Sebanyak 35 pasukan iaitu 18 pasukan lelaki dan 17 pasukan perempuan menyertai acara tersebut.

Pasukan-pasukan yang turut serta dalam pertanding­an ini bukan sahaja dari Wilayah Persekutua­n Labuan, malah dari Brunei, ATM Negeri Sembilan, Sarawak, Kota Kinabalu, Ranau, Tawau dan Keningau.

Setiap pasukan telah memberi cabaran yang sengit kepada pasukan-pasukan lawan di samping mempamerka­n semangat juang yang tinggi.

Pengorbana­n pasukan ATM A dari Negeri Sembilan ke Pulau WP Labuan tidak sia-sia apabila menjadi pencabar utama pasukan lawan dan seterusnya berjaya menjadi juara bagi kategori lelaki terbuka.

Pasukan One Heart dari Keningau, Sabah mendapat tempat kedua dan diikuti pasukan Chailuk dari WP Labuan sebagai pemenang tempat ketiga.

Johan bagi kategori perempuan pula telah dimenangi oleh pasukan Damai Eco dari Ranau, Sabah manakala MAF ATM dari Negeri Sembilan dan KKMS dari Kota Kinabalu, Sabah masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Majlis penutupan Karnival Sukan VocLab Bola Tampar 2018 ini telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Labuan, Othman Idris dan Setiausaha Bola Tampar ATM KPT Alias Jamaludin.

Turut hadir Ketua Unit Sukan Kolej Vokasional Labuan, Veronica John Tang.

Othman mengucapka­n terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini.

“Kehadiran pasukan handalan dari Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak telah membangkit­kan semangat pelajar KV Labuan untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang,”katanya.

 ??  ?? PASUKAN ATM A johan kategori Lelaki Terbuka bersama Setiausaha Bola Tampar ATM KPT Alias Jamaludin dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris.
PASUKAN ATM A johan kategori Lelaki Terbuka bersama Setiausaha Bola Tampar ATM KPT Alias Jamaludin dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Labuan, Othman Idris.
 ??  ?? PASUKAN Damai Eco dari Ranau, Sabah menerima sijil kemenangan daripada Othman Idris diperhatik­an oleh Ketua Unit Sukan Puan Veronica John Tang (tiga dari kanan).
PASUKAN Damai Eco dari Ranau, Sabah menerima sijil kemenangan daripada Othman Idris diperhatik­an oleh Ketua Unit Sukan Puan Veronica John Tang (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia