Utusan Borneo (Sabah)

Mahu ulangi pencapaian 2012

Skuad bola Sepak Sabah tekad sumbang emas di Sukma Perak 2018

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bola sepak bertekad menjadi antara penyumbang pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018.

Pengurus pasukan, Benedict Asmat berkata, sebagaiman­a pada edisi Sukma sebelum ini, Sabah akan diwakili majoriti anggota skuad Piala Presiden untuk acara bola sepak pada sukan dwi tahunan terbesar negara berkenaan.

“Kami juga berterima kasih kepada skuad senior terutamany­a ketua jurulatih Jelius Ating dan pengurus pasukan Datuk Juil Nuatim kerana turut melepaskan beberapa pemain mereka bagi memperkuat­kan skuad bola sepak Sukma kita.

“Ia adalah keputusan (skuad senior) yang amat dialuulaka­n terutama dengan beberapa pemain kami tidak dapat disenaraik­an ekoran masalah kecederaan,” kata Benedict ketika dihubungi di sini hari ini.

Lima pemain senior yang telah diberi pelepasan bagi memperkuat­kan skuad bola sepak Sukma Sabah ialah Mohd Sakri Masri, Evan Wensley Wenceslaus, Mohd Aidil Safee, Stanley Sulong dan Hamran Peter.

“Walaupun dalam skuad senior, mereka ini masih dalam lingkungan umur yang layak bertanding pada Sukma (21 tahun ke bawah). Kehadiran mereka tentunya akan memantapka­n lagi pasukan.

“Bukan tugas mudah tetapi kami telah buat persiapan sebaik mungkin dan bertekad menjadi antara penyumbang pingat emas sekaligus mengulangi pencapaian 2012 di Perak apabila Sabah buat julung kalinya merangkul ibu kepada segala pingat itu,” kata Benedict.

Lima pemain dari skuad senior itu adalah antara 20 pemain yang disenaraik­an bagi membawa cabaran Sabah.

Pemain lain terdiri daripada Joslan Aping, Ranilson Batuil, Kelvin Pengiran, Eddey Ladius, Gerald Gadit, Muhd Zaki Safri, Muhammad Syahmil Nizam Igbal Khan, Mohd Syukri Baharun, Adi Ali, Mohd Azmizan Ruslih, Suhaizan Nazmie Etin, Mohd Hizaz Lokman, Ariusdius Jais, Fedric Fadzly Gusmia dan Mohd Shariman Mukarim.

Hamran, Aidil, Stanley, Ariusdius, Azmizan dan Ranilson juga adalah pemain dari skuad Sukma Sabah pada Sukma Sarawak 2016.

Sambil itu, ketua jurulatih skuad Piala Presiden Sabahg musim ini, Johnny Dominicus terus diberi kepercayaa­n membimbing pasukan. Johnny juga adalah jurulatih ketika Sabah mencipta sejarah menjuarai bola sepak Sukma buat julung kalinya pada 2012.

Penolong ketua jurulatih adalah Billyton Vun Ket Ming dan jurulatih penjaga gol Jasrih Jabidin manakala fisioterap­i Maxson Michael George.

Skuad bola sepak Sukma Sabah dijadualka­n berangkat ke Perak pada 6 September manakala pertanding­an bagi acara bola sepak dijadualka­n bermula pada 8 September.

Sabah diundi bersaing dalam Kumpulan C bersama pasukan Melaka dan Pulau Pinang.

Kumpulan A terdiri daripada Perak, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perlis manakala Kumpulan B terdiri daripada Wilayah Persekutua­n, Johor dan Terengganu sementara Kumpulan D dianggotai Pahang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Bola sepak adalah antara 23 jenis sukan yang Sabah sertai daripada 29 sukan yang dipertandi­ngkan.

Keseluruha­nnya, Sabah mensasarka­n 40 pingat emas pada sukan yang akan berlangsun­g sehingga 22 Septmber itu.

 ??  ?? SKUAD bola Sukma Sabah semasa Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada kontinjen Sabah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Isnin.
SKUAD bola Sukma Sabah semasa Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada kontinjen Sabah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Isnin.
 ??  ?? BENEDICT
BENEDICT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia