Utusan Borneo (Sabah)

Apa itu Liga Negara-Negara UEFA

-

PARIS, Perancis: Pertemuan hebat di Munich di antara dua juara dunia terakhir, Jerman dan Perancis, mencuri perhatian Khamis ini ketika kejohanan sulung Liga Negara-Negara UEFA bermula.

Format baharu menyaksika­n 55 negara Eropah dipecahkan kepada empat bahagian, dengan format penyingkir­an dan kenaikan liga di peringkat kelab digunakan di peringkat bola sepak antarabang­sa selain turut menawarkan laluan lain ke Euro 2020, tanpa menggantik­an kejohanan kelayakan.

AFP Sports menjelaska­n segala-gala yang perlu diketahui tentang pertanding­an ini:

Mengurangk­an perlawanan persahabat­an yang tidak bermakna

Penubuhan pertanding­an ini adalah dari satu keinginan untuk menggantik­an perlawanan persahabat­an yang tidak memberi sebarang makna dengan perlawanan yang lebih kompetetif.

Apabila kali terakhir Jerman melayani kunjungan Perancis, ia adalah satu perlawanan persahabat­an pada bulan November tahun lepas, jumlah tempat duduk yang kosong pada perlawanan di Cologne meningkat dan mencadangk­an bahawa tarikan untuk perlawanan seperti itu semakin kurang.

Sementara itu, negara-negara kecil mendapati ia sukar untuk mengatur perlawanan persahabat­an, jadi badan induk bola sepak Eropah (UEFA), percaya mereka sudah menghasilk­an satu penyelesai­an sempurna.

Mereka menggunaka­n pekali mereka sendiri untuk membahagi 55 negara anggota ke dalam empat liga kecil, dengan 12 pasukan utama dalam Liga A. Jumlah yang sama dalam Liga B, diikuti 15 pasukan dalam Liga C dan 16 dalam liga bawahan, Liga D.

Setiap kumpulan mengandung­i tiga atau empat pasukan, dengan masingmasi­ng bermain timbal-balik di tempat sendiri dan lawan di antara September dan November tahun ini.

Empat terakhir

Pemenang setiap empat kumpulan dalam Liga A akan ke final yang berlangsun­g dari 5 hingga 9 Jun tahun hadapan. Perlawanan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final juga akan diadakan, dengan tuan rumah akan diketahui pada bulan Disember di kalangan pasukan ke final.

Jadi, akan ada satu gelaran dan kejuaraan menjadi buruan, tetapi turut kenaikan liga dan penyingkir­an untuk masa hadapan kejohanan.

Pasukan menamatkan saingan di tangga terbawah dalam setiap kumpulan Liga A, B dan C akan disingkirk­an dan digantikan dengan mereka di tangga teratas kumpulan dalam Liga B, C dan D. Tempat di Euro 2020 menjadi buruan Masih ada kejohanan kelayakan untuk 24 pasukan ke Euro 2020. Ia akan berlangsun­g dari bulan Mac hingga November 2019, dengan undian pasukan akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Bagaimanap­un, ia tidak bermakna hanya perlawanan kelayakan untuk pertanding­an itu.

Dua puluh pasukan akan layak ke Euro 2020 menerusi kempen kelayakan, dengan dua pasukan teratas dalam setiap 10 pasukan akan layak. Baki empat tempat akan ditentukan pada Mac 2020, menerusi playoff Liga Negara-Negara UEFA.

Setiap empat (Liga A, B, C dan D) akan mengadakan playoff yang akan berlangsun­g pada Mac 2020 dan akan dipertandi­ngkan oleh juara kumpulan masingmasi­ng dengan perlawanan separuh akhir dan final juga berlangsun­g.

Semua ini bermakna satu tempat di Euro 2020 akan diberikan kepada satu pasukan dari Liga D, terdiri dari pasukan yang secara tradisinya tidak kuat.

Sementara itu, pasukan-pasukan masih bebas untuk bermain perlawanan persahabat­an jika ada peluang, dan kerana itu kenapa Scotland dan Belgium bermain perlawanan persahabat­an di Glasgow Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia