Utusan Borneo (Sabah)

TPK Mix juara Piala Ketua Hakim Negara Kaiduan 2018

Chettah juara Berpasukan Badminton Tertutup Kelab Wirajaya

-

PAPAR: Pasukan Chettah yang diketuai oleh Malai Amit Malai Kassim dan dibarisi pemain-pemain handalan antaranya Jeffrey, Asmat, Hassan, Hj. Bahrin dan Jamal muncul juara kategori Berpasukan Lelaki pada Kejohanan Badminton Tertutup Kelab Wirajaya baru-baru ini.

Chettah menumpaska­n pasukan Kamura terdiri dari Mazlan, Husin, Gapar, Ag.Ku Junaidi, Hamzah dan Hambran diperlawan­an akhir dengan keputusan 2-1.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Serigala yang diwakili oleh Joko, Morsid, Adam, Idris, Gani dan Bibo setelah menewaskan pasukan Garuda yang dibarisi oleh Sairan, Molkis, Datu Junaidi, Abd. Wahid, Mike dan Zul Azman dengan keputusan juga 2-1.

Sebanyak lapan pasukan berentap dalam kategori Berpasukan Lelaki dan 20 pemain bagi kategori Perseorang­an Lelaki pada kejohanan yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Papar berkenaan.

Sementara bagi kategori Perseorang­an Lelaki, Mazlan Matbee dinobatkan selaku juara setelah menewaskan Mike Ambidau diperlawan­an akhir dengan kiraan mata 2119 / 22-20.

Manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh Mungan Baru dan Ater Achong.

Sempena kejohanan itu Haji Bahrin Haji Ag. Puteh dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Veteran Masih Bertenaga’ dan

“Aktiviti ini juga mampu merapatkan silaturahi­m di kalangan pemain tanpa mengira bangsa atau agama.

HAJI AHMAD HAJI HASSAN Ahli Parlimen P.175 Papar

Joko Jaffar dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Paling Kemas’ sepanjang kejohanan. Semua pemenang menerima hadiah berupa peralatan sukan dan hamper.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen P.175 Papar Haji Ahmad HajiHassan.

Ahmad yang ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah itu berkata, sesungguhn­ya inisiatif menganjurk­an kejohanan seumpama ini sebagai satu langkah yang baik bagi menggalakk­an warga kerja dan para pemain veteran khususnya untuk mengisi masa lapang dengan mengamalka­n gaya hidup sihat dengan bersukan.

“Aktiviti ini juga mampu merapatkan silaturahi­m di kalangan pemain tanpa mengira bangsa atau agama,” tegasnya.

Beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kelab Wirajaya dan seluruh ahli jawatankua­sanya atas kejayaan menganjurk­an kejohanan yang menjurus kepada warga yang sihat sepanjang masa.

Turut menyaksika­n kejohanan itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Badminton Sabah (SBA) Ag. Damit Haji Abu Bakar @ Buchu yang juga setiausaha penganjur kejohanan.

 ??  ?? AG.DAMIT @ Buchu selaku setiausaha penganjur kejohanan menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Ahmad.
AG.DAMIT @ Buchu selaku setiausaha penganjur kejohanan menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Ahmad.
 ??  ?? PASUKAN Chettah mengabadik­an gambar bersama hadiah juara. Kelihatan (dari kanan) Jamal, Hj.Bahrin, Malai Amit, Asmat, Jeffrey dan Hassan.
PASUKAN Chettah mengabadik­an gambar bersama hadiah juara. Kelihatan (dari kanan) Jamal, Hj.Bahrin, Malai Amit, Asmat, Jeffrey dan Hassan.
 ??  ?? ATER Achong menerima hadiah daripada Hj.Ahmad.
ATER Achong menerima hadiah daripada Hj.Ahmad.
 ??  ?? MUNGAN tetap berpuas hati di tempat ketiga sedang menerima hadiah daripada Hj.Ahmad.
MUNGAN tetap berpuas hati di tempat ketiga sedang menerima hadiah daripada Hj.Ahmad.
 ??  ?? HJ.AHMAD menyampaik­an hadiah kepada Mazlan Matbee selaku juara Perseorang­an Lelaki.
HJ.AHMAD menyampaik­an hadiah kepada Mazlan Matbee selaku juara Perseorang­an Lelaki.
 ??  ?? SEMUA pemain merakamkan gambar bersama Hj. Ahmad dan rombongan.
SEMUA pemain merakamkan gambar bersama Hj. Ahmad dan rombongan.
 ??  ?? MIKE Ambidau menerima hadiah selaku naib juara daripada Hj. Ahmad.
MIKE Ambidau menerima hadiah selaku naib juara daripada Hj. Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia