Utusan Borneo (Sabah)

SK Ulu Sapi wakil ‘tuan rumah’

Menjuarai bola sepak 7S bawah 11 tahun YBR-KPM daerah Telupid

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Pasukanbol­asepak Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sapi menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah (7S) ‘1 Murid 1 Sukan’ Piala Yayasan Bank Rakyat (YBR-KPM) peringkat daerah Telupid yang berlangsun­g di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Telupid (Batu 4), di sini.

Kemenangan itu meletakkan pasukan SK Ulu Sapi bakal mewakili daerah Telupid sekali gus mewakili ‘tuan rumah’ dan pengelola kejohanan itu pada peringkat negeri Sabah 2018 yang akan diadakan di sini pada 7 – 9 September ini.

Kejohanan itu ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Bank Rakyat dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK/Unit Sukan) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid dan dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m dan Sukan SK Telupid Batu 4.

SK Ulu Sapi muncul juara kejohanan itu selepas menewaskan pasukan SK Saguon 2-0 pada perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Minusuh yang menewaskan pasukan SK Maliau pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

SK Ulu Sapi turut muncul pasukan yang mencipta jaringan terbanyak sepanjang kejohanan itu, manakala pasukan paling kurang bolos di peringkat kumpulan ialah SK Minusuh.

Jurucapa penganjur berkata, kejohanan itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan penyertaan sebanyak 23 pasukan dalam daerah Telupid dan Tongod.

Katanya, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar dalam sukan bola sepak untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memilih pasukan sekolah untuk mewakili daerah Telupid dan Tongod ke Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 2018 YBRKPM peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Telupid pada 7 – 9 September ini.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Telupid, Tommy Amir yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Telupid.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak sekolah pengelola serta semua sekolah yang telah berjaya menghantar pasukan untuk menjayakan kejohanan itu.

Katanya, penglibata­n muridmurid secara aktif dalam sukan amat penting selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S).

Bagaimanap­un, katanya, keterlibat­an murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulu­m yang lain perlu seimbang dengan usaha mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan dalam akademik (kurikulum).

Beliau berharap pasukan sekolah yang akan mewakili daerah Telupid ke kejohanan peringkat negeri agar terus berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kedudukan yang terbaik kerana SK Ulu Sapi bukan sahaja bertanding atas nama sekolah, tetapi juga sekali gus mewakili daerah Telupid yang juga ‘tuan rumah’ dan pengelola kejohanan itu pada tahun ini.

Dalam pada itu, sebanyak 24 pasukan yang mewakili 24 daerah (PPD) seluruh Sabah akan mengambil bahagian pada kejohanan peringkat negeri Sabah di Telupid.

Pasukan yang mewakili setiap daerah merupakan pemenang di peringkat daerah masingmasi­ng berdasarka­n pasukan sekolah.

Selain SK Ulu Sapi yang mewakili daerah Telupid, pasukan lain yang sudah mengesahka­n tempat untuk mewakili daerah ke peringkat negeri di Telupid (7 - 9 September) ialah SK Taman Rimba Sandakan, SK Pegagau Semporna, SK Pekan 2 Ranau, SK Pekan Menumbok Kuala Penyu,SKLikasKot­aKinabalu, SK Tambulion Kota Belud dan SK Meligan Sipitang.

Turut menyertai kejohanan itu di Telupid ialah pasukan SK Bandar Tawau, SK Silam Lahad Datu, SK Tansau Penampang, SK Matunggong Kudat, SK Kg Bahagia Nabawan, SK Talantang Kota Marudu, SK Pengalat Besar Papar, SK St John Beaufort dan SK St Theresa, Tambunan, SK Rugading Tuaran, SK Pinggan-pinggan Pitas dan SK Simpangan Beluran.

 ??  ??
 ??  ?? TOMMY menutup rasmi kejohanan itu dan menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
TOMMY menutup rasmi kejohanan itu dan menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
 ??  ?? PASUKAN SK Ulu Sapi juara bola sepak 7 sebelah YBR-KPM sekali gus mewakili ‘tuan rumah’ Telupid ke kejohanan peringkat negeri Sabah, Sabtu ini.
PASUKAN SK Ulu Sapi juara bola sepak 7 sebelah YBR-KPM sekali gus mewakili ‘tuan rumah’ Telupid ke kejohanan peringkat negeri Sabah, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia