Utusan Borneo (Sabah)

PVPNM nafi wujudkan kutipan kemasukan ahli

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM) membuat laporan polis berhubung aduan pihak tidak bertanggun­gjawab terhadap kutipan bayaran untuk Koperasi Perwira Sabah Berhad (KPSB).

Pengerusi Penaja KPSB Datuk Sumanto Awang Ahmad menafikan sekeras-kerasnya berkenaan arahan untuk pelantikan pihak atau individu dari PVPNM sendiri untuk membuat sebarang kutipan bayaran bagi kemasukan keahlian koperasi.

Katanya sebelum ini kutipan sebanyak RM125 memang ada dibuat dalam PVPNM bagi keahlian seumur hidup untuk pertubuhan terbabit sahaja.

“Dengan kadar bayraan itu ahli akan mendapat sepasang baju korporat, kad keahlian pertubuhan dan pelekat.

“Dalam kes ini, saya tidak melantik mana-mana pihak untuk melaksanak­an proses pendaftara­n dan laporan polis dibuat bagi mengenalpa­sti pihak yang menjalanka­n aktiviti ini berikutan ia akan menjejaska­n reputasi pertubuhan,” katanya.

Tambahnya sesiapa yang ingin mendaftark­an diri dalam PVPNM dinasihatk­an untuk berhubung terus dengan beliau bagi mengelakka­n sebarang penipuan dan tidak ditipu pihak yang ingin mengambil keuntungan dengan mudah.

“PVPNM tidak akan teragakaga­k untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kes ini dan koperasi ketika ini masih di peringkat proses pendaftara­n untuk mendapatka­n sijil kelulusan sah dari Suruhanjay­a Koperasi Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia