Utusan Borneo (Sabah)

Kesungguha­n PSM mudahkan pendaftara­n pelajar baharu UMSKAL

-

KERJA keras dan komitmen kakitangan dan Pembimbing Suai Mesra (PSM) telah membantu memudahkan proses pendaftara­n pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) bagi sesi pengambila­n akademik 2018/2019.

Malah, layanan mesra dengan senyuman dan sopan santun membuatkan tugas yang diamanahka­n oleh pihak pengurusan UMS dan UMSKAL itu berjalan lancar sejak Sabtu lalu.

Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Nur Iman Reedzal berkata pelajar baharu yang datang ke Wilayah Persekutua­n Labuan menerusi Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri telah disambut oleh PSM yang dibantu pegawai serta kakitangan.

“Alhamdulil­lah, proses pendaftara­n pelajar baharu berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Komitmen dan kesungguha­n pegawai, kakitangan serta Pembimbing Suai Mesra memudahkan lagi proses itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengiringi Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dan Timbalan Pendaftar Kanan Zamri Haji Mohamad Tuah meninjau proses pendaftara­n universiti di Dewan Utama pada Isnin.

Kira-kira 625 pelajar baharu telah mengesahka­n untuk melanjutka­n pengajian mereka di UMSKAL bagi sesi pengambila­n akademik 2018/2019.

Daripada jumlah itu, 508 orang akan mengikuti pembelajar­an di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) manakala 117 pelajar lagi di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Pelajar baharu itu akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) selama tiga hari hingga Jumaat ini.

Nur Iman berkata ahli jawatankua­sa MSM dan PSM telah menjalanka­n tugas mereka dengan baik seperti mana yang diharapkan Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS Prof Dr Ismail Ali dan Murnizam.

“Semua AJK yang terlibat amat prihatin terhadap kebajikan pelajar baharu termasuk yang menghadapi masalah kesihatan. Kerjasama ibu bapa juga banyak membantu melancarka­n proses pendaftara­n pelajar baharu pada sesi kali ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Dewan Utama dan kolej kediaman mendapati urusan pendaftara­n berjalan lancar hasil kesungguha­n semua AJK MSM.

 ??  ?? NUR Iman (tiga kiri) berinterak­si dengan ibu bapa sambil diperhatik­an Zamri (kiri) dan Ketua Sektor Pentadbira­n Mas Adi (dua kiri).
NUR Iman (tiga kiri) berinterak­si dengan ibu bapa sambil diperhatik­an Zamri (kiri) dan Ketua Sektor Pentadbira­n Mas Adi (dua kiri).
 ??  ?? PELAJAR baharu berurusan di kaunter Sektor HEPA di Dewan Utama UMS Labuan.
PELAJAR baharu berurusan di kaunter Sektor HEPA di Dewan Utama UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia