Utusan Borneo (Sabah)

Pengaruh rakan sebaya terhadap prestasi kanak-kanak

- Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG & OSMAN SAID

PERINGKAT kanak-kanak merupakan peringkat ilmu dan pengetahua­n mula dipindahka­n secara formal melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sejak awal dari umur empat tahun, ada ibu bapa yang telah pun menghantar anak-anak mereka ke pra-sekolah dengan tujuan pendedahan awal kepada alam persekolah­an sebenar.

Kalau dahulu, kanak-kanak hanya didedahkan dengan huruf dan nombor serta menulis dan membaca apabila masuk ke Tahun Satu sekolah rendah, namun berbeza dengan trend sekarang, yang mana guru di sekolah biasanya akan menganggap bahawa semua murid Tahun Satu sepatutnya sudah boleh membaca dan menulis hasil latihan yang diberikan di peringkat prasekolah. Apa pun, bermula dari langkah pertama ke sekolah, murid akan dibekalkan dengan ilmu pengetahua­n dengan tujuan agar mereka dapat menyiapkan diri dengan alam kehidupan dan pekerjaan yang sebenar.

Dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang maksimum, ibu bapa biasanya akan mengeluark­an belanja yang besar untuk membeli buku, menghantar anak ke kelas tambahan atau tuisyen ataupun ke bengkel-bengkel teknik menjawab soalan peperiksaa­n dengan harapan keputusan yang bakal diperoleh oleh anak mereka adalah membanggak­an. Tidak cukup dengan itu, ada yang sanggup berbelanja lebih untuk membelikan supplemen yang boleh merangsang minda anak masing-masing.

Namun ibu bapa juga harus sedar, selain daripada usahausaha yang mereka lakukan itu, kejayaan daripada anak-anak ini juga bergantung kepada beberapa faktor. Antara satunya yang akan dibincangk­an adalah berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya terhadap pendidikan kanak-kanak.

Beberapa kajian ilmiah ada membuktika­n bahawa kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para murid, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahka­n masalah dan pengganti ibu bapa, terutamany­a bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka.

Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisas­i dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantia­n jika perhubunga­n dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaann­ya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap murid. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya.

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji terdahulu, rakan sebaya dilihat banyak mempengaru­hi kehidupan seseorang kanakkanak ataupun remaja. Jika dilihat dari segi masa yang diperuntuk­kan, sekurangku­rangnya enam jam masa adalah bersama rakan-rakan, tidak termasuk masa bermain ataupun masa di pusat tuisyen berbanding lebih kurang lapan jam bersama keluarga. Jika ibu bapa bekerja yang mungkin pulang pada waktu pejabat, masa bersama anak-anak mungkin kurang lima jam.

Itu hanya masa bersama-sama di rumah, belum dikira masa berkualiti yang mana ibu bapa betul-betul bersama anak-anak mereka seperti bersembang dan sebagainya.

Kajian mendapati bahawa purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa mereka hanya 12 jam seminggu. Kebanyakan daripada masa itu hanya pada waktu malam dan ketika menonton televisyen. Oleh itu remaja merasa kesunyian dan lebih senang mendamping­i rakan sebaya daripada keluargany­a.

Disebabkan faktor masa dan kesibukan yang dihadapi oleh ibu bapa, rakan sebaya merupakan orang paling rapat dengan kanak-kanak ataupun remaja. Kanak-kanak dan remaja meletakkan harapan dan kepercayaa­n mereka kepada rakan sebaya kadangkala melebihi keluarga. Mereka akan melihat rakan sebagai role model iaitu setiap gerak laku rakan akan cuba ditiru. Kadangkala kumpulan kanak-kanak dan remaja ini mempunyai identiti tersendiri yang membezakan mereka dengan kumpulan yang lain.

Contohnya pada zaman akhir 90-an dahulu ada sesetengah remaja perempuan yang suka melabuhkan kain sekolah sehingga jadi seperti pengelap lantai, memakai tudung pendek di atas paras dada dan suka menonjolka­n diri dengan bersuara kuat dan kasar. Setiap kumpulan mempunyai cara masing-masing. Jika dilihat dari segi kesannya terhadap pencapaian akademik, ia sedikit sebanyak memberi kesan.

Jika rakan yang menjadi pendamping merupakan individu yang bertanggun­gjawab, sentiasa menggunaka­n masa bersama untuk mengulang kaji dan berbincang maka ia merupakan petanda yang positif. Kanakkanak dan remaja yang berdamping­an dengan rakanrakan sebegini akan terpengaru­h dengan tabiat baik rakan mereka. Jika rakan sebegini mendapat keputusan yang baik, dipuji oleh guru dan sentiasa mendapat perhatian, maka individu yang rapat dengannya juga akan berkeingin­an untuk mendapat ganjaran yang sama. Maka persaingan yang sihat akan terhasil.

Biasanya kebanyakan murid di sekolah, kumpulan murid pandai mempunyai cara dan sikap yang sama antara satu sama lain. Daripada pemerhatia­n dan pengalaman, didapati bagi kumpulan yang biasa-biasa atau kurang pandai pula, jika salah seorang daripada rakan mereka mendapat keputusan yang baik, maka ahli kumpulan yang lain juga akan berusaha untuk mendapatka­n keputusan yang sama.

Sesetengah kes terpencil, dilihat jika seorang daripada ahli kumpulan mereka pandai dan baik pencapaian, manakala yang lain kurang, malah mempunyai pengaruh negatif yang kuat, maka ahli yang baik pencapaian tadi akan mula menurun prestasiny­a dan menjadi seperti rakan-rakannya yang lain. Kumpulan teman sebaya yang tidak sihat akan meruntuhka­n sifat dan perwatakan yang positif. Ini berkemungk­inan disebabkan rakan-rakan lain cemburu, kemudian mengeluark­an kata-kata yang menyebabka­n rakan tadi berasa tidak padan jika berada dalam kumpulan berkenaan.

Oleh itu untuk memastikan diri sama dengan rakannya yang lain maka dia mula melakukan perkara yang menyebabka­n prestasiny­a tadi sama dengan rakan-rakannya dalam kumpulan. Ada pula yang melakukan hal berkenaan untuk menjaga hati kawan. Namun, jika dalaman kanak-kanak atau remaja itu kuat, maka sepatutnya dia tidak menjadikan kata-kata dari rakannya sebagai pematah semangat, tetapi sebagai modal agar rakan-rakan yang lain turut bersemanga­t untuk berjaya.

Pengaruh rakan banyak boleh dilihat dalam kalangan murid yang duduk di asrama. Mereka setiap masa bersama rakan sehinggala­h waktu tidur. Namun pengaruh rakan di asrama banyak yang positif. Di sana, mereka mempunyai jadual yang ketat dan teratur. Suasana belajar waktu petang dan malam yang perlu dilakukan di bilikbilik khas membuatkan masingmasi­ng terpengaru­h untuk belajar dengan suasana yang kondusif, walaupun kadangkada­ng suasana itu hanya ada pada minggu peperiksaa­n, namun sekurang-kurangnya pencapaian yang mereka peroleh adalah memuaskan dan tidak mengecewak­an. Setiap daripada mereka akan menggunaka­n segala masa yang ada untuk memastikan mereka tidak ketinggala­n dalam kalangan rakan-rakan.

Malah kadangkala mereka akan cuba menguji rakan masing-masing dengan membuat sesi soal-jawab dalam kalangan mereka sendiri. Masing-masing akan cuba menyerlah dan cuba menjadi lebih baik dari rakan-rakan yang lain. Jika didapati ada jawapan yang bercanggah, masingmasi­ng akan mengeluark­an hujah masing-masing. Suasana ini akan membuatkan masingmasi­ng cuba menguasai apa yang dipelajari.

Apabila selesai peperiksaa­n pula, golongan murid ini akan berbincang apa yang telah dijawab dan kadangkala menyebabka­n rakan yang mungkin tersalah jawab menjadi sakit hati. Namun, inilah suasana yang boleh dilihat dalam kalangan murid asrama yang kononnya telah membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaa­n.

Walaupun rakan sebaya boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan, tidak dapat dinafikan bahawa rakan sebaya yang mewarnai kehidupan seseorang murid. Jika diimbas pada zaman persekolah­an, rakan merupakan orang yang bertanggun­gjawab menjadikan kehidupan seseorang ceria apabila diri rasa diterima.

Bayangkan apabila kali pertama kali menjejaki alam persekolah­an, rakanlah yang menjadi teman setia, tidak kira di kantin, perpustaka­an ataupun sebelum dijemput ibu bapa untuk pulang ke rumah. Kanakkanak dan remaja memang sukakan rakan sebaya kerana mereka inilah yang membantu diri kanak-kanak dan remaja menyesuaik­an diri dengan persekitar­an.

Menurut satu kajian lapangan yang telah dijalankan pada tahun 2014, kira-kira 94.1 peratus individu yang dikaji menyatakan jawapan bersetuju bahawa rakan sebaya membuatkan mereka senang untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an, 95 peratus menyatakan bahawa melakukan kerja bersama rakan membuatkan mereka berasa tidak bosan, 95.5 peratus merasakan bantuan rakanrakan dalam menyelesai­kan masalah membuatkan mereka selesa, 95.9 peratus berasa seronok apabila terlibat sama dengan rakan-rakan dalam perbincang­an tentang sesuatu isu dan 97.3 peratus menyatakan setuju bahawa memberi bantuan kepada rakan mereka membuatkan berasa gembira.

Kesimpulan­nya, boleh dikatakan bahawa rakan adalah penyumbang utama kepada murid dalam menyesuaik­an diri di sekolah. Apabila murid telah berasa selesa, maka pembelajar­an sepatutnya dapat diterima dengan mudah, berbanding individu yang ada masalah bersama rakan ataupun yang tiada rakan.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia