Utusan Borneo (Sabah)

Trina Solar lancar sistem solar Trinahome di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Trina Solar Ltd, pengeluar penyelesai­an tenaga solar, semalam melancarka­n sistem solar Trinahome di Malaysia untuk membantu kerajaan mencapai sasaran 20 peratus tenaga boleh baharui (RE) pada 2025.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata Trinahome sesuai untuk isi rumah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu mengurangk­an bil tenaga mereka dan membantu alam sekitar.

Pengarah Jualan Kanan Asia Pasifik dan Timur Tengah Ku Jun-Heong berkata RE menyumbang dua peratus gabungan tenaga Malaysia, dan oleh itu wujud banyak peluang untuk meningkatk­an bahagianny­a di negara ini.

Beliau juga berkata tenaga solar berada pada kedudukan yang baik untuk membantu mencapai sasaran 20 peratus RE kerana kos tenaga solar telah berkuranga­n dengan ketara sejak sedekad yang lalu.

“Kos tenaga solar telah berkurang, hasil teknologi baru dan ekonomi yang menguntung­kan dari segi kos. Kos bahan api fosil terus meningkat,” katanya.

Menurut Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabang­sa, jumlah kapasiti tenaga solar di Malaysia meningkat kepada 362 MW pada 2017 daripada 340 MW pada 2016, yang merupakan peningkata­n enam peratus tahun ke tahun.

Trina Solar berkata kenaikan ini disumbang oleh penggunaa ke atas tenaga solar dan dasar kerajaan yang positif, seperti tarif galakkan dan meter tenaga bersih.

Memandangk­an Malaysia berhampira­n khatulisti­wa, dengan banyak cahaya matahari sepanjang tahun, sudah semesti tenaga solar boleh memainkan peranan penting dalam gabungan tenaga negara, katanya.

Trinahome boleh dipasang dalam sehari, bergantung pada cuaca, dan pada manamana jenis bumbung di Malaysia.

Panel solar dan bahagian lain disokong oleh jaminan Trina Solar, termasuk jaminan prestasi 25 tahun ke atas panel solar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia