Utusan Borneo (Sabah)

Jenamakan semula pakej pelanconga­n

Saranan kerajaan kepada pemain industri pelanconga­n setempat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew mahu pemain industri pelanconga­n setempat menjenama semula dan mempakejka­n produk pelanconga­n yang ada sebagai langkah pertama ke arah meningkatk­an kembali industri pelanconga­n Sandakan.

Beliau memberi masa selama 12 bulan bermula Disember ini kepada pemain industri pelanconga­n di daerah ini untuk menaikkan kehadiran pelancong daripada 30 peratus pada ketika ini kepada sekurang-kurangnya 50 peratus.

Katanya, Sandakan mempunyai pelbagai produk berasaskan pelanconga­n meliputi destinasi, tinggalan sejarah dan juga makanan yang boleh ditawarkan kepada pelancong domestik dan antarabang­sa.

Oleh itu, beliau percaya industri pelanconga­n di daerah ini yang dikatakan merudum jatuh, boleh dinaikkan semula sekiranya pemain industri bersatu-padu selain adanya bantuan daripada pihak kerajaan melalui kementeria­nnya.

“Sebab itu jugalah, saya sendiri datang ke Sandakan untuk melihat produk pelanconga­n dan dalam masa yang sama berdialog dengan pemain industri pelanconga­n setempat bagi mengenalpa­sti sebarang masalah atau isu berkaitan. Ketika ini, isu utama yang dikenalpas­ti adalah penurunan kedatangan pelancong daripada Eropah selain pelancong domestik itu sendiri ke Sandakan dari tahun ke tahun.

“Bagi menangani masalah ini, pemain industri pelanconga­n perlu menjenamak­an semula dan seterusnya mewujudkan pelbagai pilihan pakej untuk pelancong. Apa salahnya wujudkan 20 hingga 30 pakej untuk ditawarkan kepada pelancong? Sekurang kurangnya mereka boleh memilih dan saya pasti ia boleh dilaksanak­an kerana semuanya ada di Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Pengusaha Pelanconga­n Sandakan di Hotel Sandakan, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, Pembantu Menteri Belia dan Sukan yang juga Adun Gum-Gum Arunarnsin Taib dan Adun Elopura Calvin Chong.

Christina berkata di pihak kementeria­nnya pula mengambil pendekatan meluluskan pembukaan sebuah Pusat Informasi Pelanconga­n Sandakan sebagai langkah pertama untuk membantu pemain industri pelanconga­n di daerah ini.

Jelasnya, pusat berkenaan yang akan bertindak sebagai pusat sehenti pastinya akan memudahkan lagi pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatka­n maklumat berkaitan pelanconga­n.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN) Johnny Lim dalam pembentang­annya memberitah­u kedatangan pelancong dari United Kingdom telah menurun daripada 35,901 orang (7%) kepada 31,793 orang (-11.4%) pada 2017.

Sementara pelancong dari Australia mencatatka­n penurunan daripada 30,139 orang (8.7%) pada 2016 kepada 24,010 orang (-20.3%) pada 2017.

Selain itu, bilangan pelancong dari Taiwan juga menurun daripada 62,121 orang (12%) pada 2017 kepada 26,250 orang (-11.9%) bagi setengah tahun pertama 2018.

Antara isu lain yang dibangkitk­an dalam sesi dialog termasuk kekurangan penerbanga­n secara langsung dari destinasi lain, status semasa kawasan pantai timur pada nasihat perjalanan, masalah kebersihan di Bandar Sandakan, isu keselamata­n dan sebagainya.

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) menerima cenderahat­i daripada jawatankua­sa STAN.
CHRISTINA (tengah) menerima cenderahat­i daripada jawatankua­sa STAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia