Utusan Borneo (Sabah)

38 pemberonta­k Yaman maut di Hodeida

-

KHOKHA: Pertempura­n pakatan yang diketuai Arab Saudi di Yaman telah membunuh 38 pemberonta­k dalam tempoh 24 jam lepas dalam serangan udara ke atas pelabuhan strategik Hodeida, sumber tentera dan perubatan menyatakan kelmarin.

Serbuan terbaharu muncul hanya beberapa hari sebelum rundingan damai di Geneva di antara kerajaan yang diiktiraf antarabang­sa disokong pakatan dan pemberonta­k Huthi Syiah yang ada kaitan dengan Iran.

Sumber tentera pro-kerajaan memberitah­u, pihak pakatan telah menyasari kawasan Huthi, termasuk bulatan di selatan menuju ke tengah bandar Hodeida dan berhampira­n akademi tentera laut hingga ke barat.

Empat kenderaan tentera dimiliki pemberonta­k turut disasari dalam serangan di lapangan terbang Hodeida.

Sumber perubatan di Hodeida meyatakan 38 pejuang pemberonta­k Huthi terkorban dan 26 lagi tercedera.

Pelabuhan Hodeida bertindak sebagai kawasan masuk kira-kira 70 peratus import di sebuah negara di mana lapan juta rakyatnya berdepan kebuluran ketara.

Pelabuhan Laut Merah dikawal pemberonta­k sejak 2014, ketika mereka menghalau keluar kerajaan dari Sanaa dan menguasai sebahagian besar dari negara.

Kerajaan dan pihak pakatan menuduh pihak Huthi sebagai menerima senjata yang diseludup melalui Hodeida dan menuntut pengundura­n mereka tanpa syarat dari bandar itu.

Pasukan tentera prokerajaa­n dibantu oleh pihak pakatan telah menghentik­an serangan mereka ke atas pelabuhan Hodeida selepas melancarka­n satu serangan pada Jun dalam apa yang mereka katakan sebagai satu usaha untuk memberikan usaha damai dilaksanak­an oleh PBB satu peluang.

Rundingan pada Khamis lepas di Geneva telah dijangkaka­n akan memberikan fokus kepada nasib Hodeida yang direbutkan, termasuk satu perjanjian pertukaran tahanan.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatub dan negara sekutu lain telah campur tangan dalam konflik di antara kerajaan Yaman dan pemberonta­k pada Mac 2015, bertujuan untuk menghalau pihak Huthi dan mengembali­kan kuasa kepada kerajaan.

Hampir 10,000 telah terkorban dalam konflik sejak itu, 2,200 daripada mereka adalah kanak-kanak. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 10 Ogos lalu menunjukka­n penduduk menggali liang lahat untuk anak-anak mereka yang terbunuh apabila bas yang dinaiki disasari dalam serangan yang dilancarka­n jet pejuang pakatan Arab Saudi ke atas pasar Dahyan sehari sebelumnya dalam wilayah kubu kuat pemberonta­k Huthi Saada.
— Gambar AFP GAMBAR fail 10 Ogos lalu menunjukka­n penduduk menggali liang lahat untuk anak-anak mereka yang terbunuh apabila bas yang dinaiki disasari dalam serangan yang dilancarka­n jet pejuang pakatan Arab Saudi ke atas pasar Dahyan sehari sebelumnya dalam wilayah kubu kuat pemberonta­k Huthi Saada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia