Utusan Borneo (Sabah)

Taliban Afghanista­n umum kematian pengasas Haqqani

Jalaluddin Haqqani meninggal dunia pada usia awal 80-an setelah sekian lama jatuh sakit

-

KABUL: Pengasas rangkaian Haqqani, salah satu kumpulan militan paling efektif dan digeruni di Afghanista­n, meninggal dunia setelah lama jatuh sakit, sekutu mereka Taliban Afghan mengumumka­n semalam.

Jalaluddin Haqqani, yang mana anak lelakinya Sirajuddin kini mengetuai kumpulan kejam itu dan juga timbalan ketua Taliban, mati setelah lama bertarung dengan penyakitny­a, menurut Taliban lagi.

“Jalaluddin antara personalit­i jihadis paling disegani era ini,” menurut Taliban dalam kenyataan Twitter.

Pada 1980-an, ketua Haqqani ini merupakan komander mujahidin Afghan yang menentang penaklukan Soviet ke atas Afghanista­n dengan bantuan pihak Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan.

Beliau menjadi terkenal dengan organisasi dan keberanian­nya, menndapat perhatian CIA dan kunjungan peribadi anggota kongres AS Charlie Wilson.

Fasih berbahasa Arab, Jalaluddin turut mempunyai hubungan rapat dengan pejuang jihad Arab termasuk Osama Bin Laden, yang telah berkumpul ke wilayah itu semasa peperangan.

Kemudian Jalaluddin menjadi menteri dalam rejim Taliban.

Pada 2008 dan 2015, terdapat khabar angin mengenai kematian lelaki berusia awal 80-an ini.

Beberapa laporan yang tidak disahkan mendakwa beliau bermastaut­in di Pakistan sejak beberapa tahun ini.

Berdasarka­n peranan utama yang telah dimainkan anak lelakinya, masih belum jelas kesan kematian Jalaluddin ke atas kumpulan ekstremis.

Rangkaian Haqqani didakwa mendalangi beberapa serangan kejam di sekitar Afghanista­n sejak penaklukan AS.

Ia turut dipercayai mendalangi kebanyakan serangan terkini di ibu negara Kabul yag diakui sayap tempatan kumpulan Islamic State (IS) Pihak penganalis­is percaya ia berurusan dengan IS, yang pada masa yang sama terlibat dalam perang saudara dengan Taliban, bagi mengelak daripada dipersalah­kan dan dihentam dalam politik.

Hubungan lama disyaki dengan pertubuhan tentera bayangan Pakistan, rangkaian Haqqani dinyatakan Laksamana AS Mike Mullen pada 2011 sebagai salah satu bahagian perisikan Pakistan.

Digelar sebagai kumpulan pengganas oleh AS, Haqqani terkenal dengan penggunaan pengebom nekad yang meluas.

Mereka dipersalah­kan atas bom trak yang teruk di tengah Kabul pada Mei 2017 yang mengorbank­an kira-kira 150 orang, walaupun Sirajuddin kemudian menafikan tuduhan dalam mesej suara yang jarang dilakukan.

Rangkaian tersebut turut dituduh membunuh pegawai kanan Afghan dan menahan rakyat Barat yang diculik bagi mendapatka­n wang tebusan.

Mereka termasuk rakyat Kanada Joshua Boyle, isterinya rakyat Caitlan Coleman dan tiga anak mereka, kesemuanya dilahirkan dalam tahanan, yang telah dibebaskan pada tahun lepas, termasuk anggota tentera AS Bowe Bergdahl yang dibebaskan pada 2014.

Pihak penganalis­is dan diplomat menolak kebarangka­lian kematianny­a mempengaru­hi operasi kumpulan.

Sirajuddin telah menguruska­n rangkaian berkenaan dengan penglibata­n besar ISI, menurut diplomat asing di Kabul, merujuk kepada Perkhidmat­an Perisikan Dalaman di Pakistan.

Penganalis­is Michael Kugelman dari Wilson Center di Washington menyatakan dalam Twitter: “Setelah sekian lama beliau sakit, kematianny­a tidak akan mempunyai impak yang besar dalam peperangan.”

“Kematianny­a tidak akan menjejaska­n rangkaian atau operasi Taliban kerana beliau bukannya anggota yang aktif,” menurut penganalis­is politik Afghan Atta Noori.

“Beliau sudah terlalu tua, sakit dan terlantar di atas katil selama beberapa tahun.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gamabr Reuters ?? GAMBAR fail 19 Oktober, 2001 memaparkan Haqqani (kanan) yang menjadi menteri hal ehwal puak Taliban, menunjukka­n peta Afghanista­n semasa melawat Islamabad, Pakistan sambil diperhatik­an salah seorang anak lelakinya Naziruddin (kiri).
— Gamabr Reuters GAMBAR fail 19 Oktober, 2001 memaparkan Haqqani (kanan) yang menjadi menteri hal ehwal puak Taliban, menunjukka­n peta Afghanista­n semasa melawat Islamabad, Pakistan sambil diperhatik­an salah seorang anak lelakinya Naziruddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia