Utusan Borneo (Sabah)

Perancis harus dipersalah­kan atas krisis Libya: Menteri Itali

-

ROM: Perancis mesti dipersalah­kan atas krisis di Libya, Menteri Pertahanan Itali Elisabetta Trenta menyatakan kelmarin, menolak campur tangan tentera Itali di sana.

“Perancis, dari pandangan saya, mempunyai satu tanggungja­wab,” tulis menteri itu di dalam Facebook, menyebut tentang campur tangan tentera pada 2011 oleh Perancis dan negara lain terhadap rejim pemimpin Libya ketika itu Muammar Ghaddafi.

“Ia adalah jelas tidak dapat dinafikan sekarang bahawa negara ini (Libya) telah mendapati dirinya berada dalam situasi ini disebabkan oleh seseorang, pada 2011, yang meletakkan kepentinga­n mereka sendiri mengatasi kepentigan rakyat Libya dan Eropah sendiri,” menurut menteri itu.

“Perancis, dari pandangan ini, adalah turut dipersalah­kan,” tambah Trenta.

Pada mulanya speaker parlimen Itali Roberto Fico menyatakan situasi di Libya sebagai masalah serius yang ditinggalk­an Perancis kepada kami.”

Trenta menyatakan bahawa ia adalah perlu untuk bergerak ke depan bersama bagi memastikan kedamaian di Libya.

Kelmarin media Itali telah mencadangk­an bahawa pasukan tentera khas Itali mugkin akan dihantar untuk campur tangan di Libya, satu kebarangka­luan yang dinafikan oleh Trenta.

Pertempura­n telah berlaku di antara pihak militia yang bermusuhan di subbandar selatan bandar utama Tripoli di Libya sejak beberapa hari lepas, selepas satu gencatan senjata yang gagal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia