Utusan Borneo (Sabah)

Majikan boleh bantu pekerja tangani stres: Dr Lee

-

KUALA LUMPUR: Majikan boleh memainkan peranan penting membantu pekerja mereka menangani stres di tempat kerja dengan memperbaik­i kandungan kerja dan menyusun semula waktu bekerja, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penekanan di peringkat organsiasi adalah perlu untuk mengubah amalan bekerja termasuk mengkaji serta mempraktik­kan amalan terbaik untuk mengurangk­an tekanan pekerja.

Menurutnya, berdasarka­n Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikendalik­an kementeria­n itu pada 2015 mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam adalah 24.6 peratus, lebih rendah berbanding pekerja swasta iaitu 29.3 peratus.

“Masalah kesihatan mental berlaku apabila seseorang individu mengalami gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabka­nfungsikeh­idupan sehari-hari terganggu tetapi tidak sampai kepada tahap penyakit mental seperti stres, keresahan dan kemurungan harian.

“Pekerja juga digalakkan meningkatk­an interaksi dan perhubunga­n sesama rakan sekerja untuk mengurangk­an risiko tekanan semasa bekerja,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeria­nnya pada persidanga­n Dewan Negara pada Rabu.

Dr Lee berkata kementeria­n itu melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam menangani masalah tekanan mental dalam kalangan penjawat awam antaranya program Akrab atau Rakan Pembimbing dan membangunk­an modul menangani stres di tempat kerja selain menyediaka­n latihan menangani stres serta kemahiran menangani kesihatan mental.

“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, kerajaan telah menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmat­an. Pegawai juga diberi fleksibili­ti untuk menentukan tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran,” jelasnya.

Katanya 958 klinik disediakan untuk kemudahan akses di peringkat kesihatan premier bagi perkhidmat­an saringan kesihatan mental untuk mengenali tahap stres, keresahan dan kemurungan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia