Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki terkejut berjaya pancing buaya

-

MARUDI: Seorang kaki pancing terkejut apabila berjaya ‘mendaratka­n’ seekor buaya sepanjang 13 kaki dengan berat kira-kira 400 kilogram di Sungai Baram berdekatan rumahnya di Kampung Dagang dekat sini, pagi Selasa.

Pemancing tersebut, Sarbini Hamid, 45, memberitah­u beliau turun melihat ‘hasil’ kailnya itu pada jam 5 pagi dan amat terkejut apabila pancing buaya dipasangny­a yang khusus untuk memancing buaya, mengena lalu memaklumka­n kepada penduduk kampung.

Buaya tersebut yang ditembak mati oleh mereka, kemudian ditarik ke darat, sambil turut disaksikan oleh Ketua Kaum Kampung Dagang Abdullah Piee dan penduduk kampung, sementara menunggu pihak Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) tiba.

Menurut Sarbini, sejak beberapa minggu lepas, beberapa ekor angsa dan itik peliharaan­nya telah hilang dan dipercayai dibaham buaya menyebabka­n beliau nekad mahu menangkap reptilia tersebut.

“Saya meletakkan pancing saya di tebing sungai, iaitu tempat di mana saya telah melihat seekor buaya berenang di situ sebelum ini dan percaya ia adalah buaya sama yang memakan ternakan saya.

“Pagi tadi (Selasa) apabila saya mahu memeriksa pancing, saya terkejut kerana tidak menyangka pancing itu akan mengena,” katanya.

Sementara itu, pegawai SFC yang tiba di kampung berkenaan, kemudian membelah perut buaya berkenaan sambil disaksikan seorang guru yang mana anaknya mangsa baham buaya dalam kejadian beberapa bulan lepas.

Ia bagi membolehka­n si bapa mengenal pasti barangan milik anaknya, jika ia adalah buaya yang sama.

Bagaimanap­un setelah dibelah, yang ada dalam isi perut buaya tersebut ialah seekor biawak dan bungkusan sampah yang dibuang ke Sungai Baram.

 ??  ?? ANTARA kandungan yang dikeluarka­n dari perut buaya berkenaan selepas dibelah oleh pegawai SFC.
ANTARA kandungan yang dikeluarka­n dari perut buaya berkenaan selepas dibelah oleh pegawai SFC.
 ??  ?? BUAYA yang berjaya dipancing oleh Sarbini ditarik ke darat sementara menunggu ketibaan pihak SFC.
BUAYA yang berjaya dipancing oleh Sarbini ditarik ke darat sementara menunggu ketibaan pihak SFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia