Utusan Borneo (Sabah)

SUPP berharap kerajaan PH siapkan Lebuh Raya Pan Borneo

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyiapkan Lebuh Raya Pan Borneo seperti yang dirancang sebelum ini.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting berkata, inilah peluang menyiapkan projek berkenaan memandangk­an semasa pentadbira­nnya sebagai Perdana Menteri keempat selama 22 tahun, Dr Mahathir tidak melakukan apaapa untuk memulakan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Tun Dr Mahathir dalam kabinet selama lebih daripada 30 tahun dengan 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Dalam keseluruha­n tempoh ini beliau mempunyai peluang untuk membantu Sarawak tetapi ia tidak dilakukan.

“Lebuh Raya Pan Borneo adalah impian lama rakyat Sabah dan Sarawak sejak pembentuka­n Malaysia. Selain menghubung­kan semua masyarakat di sepanjang laluan yang melalui sistem jalan raya yang dibina, ia akan menumbuhka­n banyak peluang ekonomi kepada kedua-dua negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru katanya, SUPP terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang memberitah­u bahawa projek berkenaan mengalami kelewatan bagi memberi peluang kepada negara membaiki pentadbira­n kerajaan yang terdahulu.

Katanya, sebelum ini rakyat Sarawak amat gembira apabila projek itu dimulakan pada 2016 kerana ia bukan hanya meningkatk­an keselamata­n malah dapat memendekka­n masa perjalanan.

“Di Sarawak, lebuh raya sepanjang 1,060km ini dijangka siap pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM16.488 bilion.

“Pada masa ini kira-kira 193km telah siap sementara yang yang lain sedang berjalan lancar,” katanya.

“Kami benar-benar berharap kerajaan Pakatan Harapan komited kepada pembanguna­n Sarawak dan tidak memberi alasan untuk menunda projek itu.

“Mereka perlu melakukan sesuatu dalam cara yang bertanggun­gjawab kepada rakyat Sarawak,” tegas Sebastian.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian memberi jaminan bahawa Projek Lebuh Raya Pan Borneo akan diteruskan seperti yang dirancang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia