Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan pelaburan Q2 KWSP meningkat 7.64% kepada RM12.39b

Catat prestasi yang konsisten ekoran pelaburan dalam pelbagai sektor

-

KUALA LUMPUR: Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku kedua (Q2) berakhir 30 Jun 2018 meningkat 7.64 peratus kepada RM12.39 bilion berbanding RM11.51 bilion yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, pempelbaga­ian dana pencen itu ke dalam pasaran dan sektor yang berbeza membolehka­nnya mencatat prestasi yang konsisten, dengan ekuiti muncul sebagai penyumbang utama pada suku kedua, walaupun terdapat persekitar­an perdaganga­n yang kurang baik dalam pasaran domestik.

Beliau berkata, peningkata­n ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-China serta kenaikan kadar faedah AS menyumbang kepada aliran keluar modal dari pasaran baharu muncul, termasuk Malaysia.

“Walaupunbe­berapapasa­ran maju, termasuk AS dan Eropah mencatat keuntungan dalam pasaran ekuiti mereka, pasaran baharu muncul, termasuk Asia, mencatat pulangan negatif,” katanya.

Beliau berkata, dengan ASEAN antara rantau mencatat prestasi terburuk, Malaysia tidak terkecuali daripada kelembapan pasaran.

Mohamad Nasir juga berkata, ekuiti mencakupi 40.61 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP pada suku kedua, menyumbang RM7.98 bilion dan mewakili 64.44 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi tempoh tersebut.

“Sejumlah 52.09 peratus aset pelaburan KWSP adalah dalam instrumen pendapatan tetap, yang terus memberi pendapatan yang konsisten dan stabil,” katanya.

Beliau berkata, suku kedua menyaksika­n pelaburan pendapatan tetap mencatat RM4.09 bilion, bersamaan 33.07 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahunan.

Penyumbang lain kepada pendapatan pelaburan adalah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan setara (RM2.40 bilion), pinjaman dan bon (RM1.70 bilion), instrumen pasaran wang (RM215.44 juta), harta tanah dan infrastruk­tur (RM91.73 juta).

Beliau berkata, kelas harta tanah dan infrastruk­tur terus memberikan KWSP pulangan lindung nilai inflasi dengan lebih banyak pendapatan yang dijangka diperoleh pada akhir tahun ini.

Menurutnya, pelaburan luar negeri, iaitu 26.50 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menyumbang 38.30 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan pada suku tahun yang dikaji.

Mohamad Nasir berkata, nilai aset pelaburan KWSP mencecah RM813.18 bilion, naik 0.38 peratus atau RM3.05 bilion daripada 31 Disember tahun lepas, tetapi penurunan kecil daripada suku pertama 2018, disebabkan penurunan pasaran ekuiti.

“Walaupun penurunan suku tahunan, kedudukan aset KWSP kekal sihat berbanding baki simpanan ahli sebanyak RM780.07 bilion,” katanya.

Beliau berkata. RM322.89 bilion atau 39.71 peratus daripada jumlah aset pelaburan, berada dalam pelaburan patuh Syariah, dengan selebihnya dilaburkan dalam portfolio konvension­al.

“Sejumlah RM1.09 bilion daripada pendapatan pelaburan kasar RM12.39 bilion, dijana untuk Simpanan Syariah dan RM11.30 bilion untuk Simpanan Konvension­al,” katanya.

Mohamad Nasir berkata, selaras dengan pelaksanaa­n Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9), berkuat kuasa 1 Januari tahun ini, keuntungan modal pelupusan ekuiti berjumlah RM3.79 bilion bagi suku tahun kedua akan mengalir terus kepada pendapatan tertahan daripada penyata pendapatan komprehens­if lain.

Menurutnya, ini adalah bertentang­an dengan penyata keuntungan atau kerugian di bawah piawaian pelaporan kewangan terdahulu.

Beliau menambah bahawa di bawah MFRS 9, KWSP juga tidak akan lagi mengiktira­f sebarang kemerosota­n ke atas pegangan ekuiti.

Mengenai prospek, Mohamad Nasir berkata, persekitar­an pelaburan domestik dijangka menggalakk­an pada separuh kedua tahun ini, dengan pelonggara­n aliran keluar asing dan arah dasar yang lebih jelas daripada kerajaan baharu.

Menurutnya, prospek persekitar­an pelaburan global akan diselubung­i oleh risiko politik dan dasar yang berterusan seperti perubahan yang berlaku kepada dasar monetari, ketidakpas­tian mengenai keputusan Brexit dan ketegangan perdaganga­n yang berterusan antara negara perdaganga­n utama.- Bernama

“Pempelbaga­ian dana pencen itu ke dalam pasaran dan sektor yang berbeza membolehka­nnya mencatat prestasi yang konsisten, dengan ekuiti muncul sebagai penyumbang utama pada suku kedua, walaupun terdapat persekitar­an perdaganga­n yang kurang baik ” dalam pasaran domestik. DATUK MOHAMAD NASIR AB LATIF Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia