Utusan Borneo (Sabah)

Indeks nilai seunit eksport naik kepada 114.9 mata pada Julai 2018

-

KUALA LUMPUR: Indeks nilai seunit eksport meningkat 0.4 peratus berasaskan bulan ke bulan kepada 114.9 mata pada Julai 2018, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks yang lebih baik itu disumbangk­an oleh minyak galian (+1.7 peratus) diikuti oleh alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+0.4 peratus) dan bahan kimia (+0.3 peratus).

“Indeks volum eksport mencatatka­n peningkata­n sebanyak 9.1 peratus kepada 140.9 mata.

“Peningkata­n ini didorong oleh alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+12.7 peratus), minyak dan lemak binatang serta sayursayur­an (+11.0 peratus) dan minyak galian (+7.8 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport meningkat 11.8 peratus kepada 146.7 mata.

Mohd Uzir berkata, berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport turut berkembang 3.1 peratus dan indeks volum eksport meningkat sebanyak 6.0 peratus.

“Pada Julai 2018, indeks nilai seunit import naik 0.03 peratus kepada 118.4 mata yang disumbangk­an oleh alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+0.6 peratus) diikuti oleh makanan (+0.2 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (+0.2 peratus),” katanya.

Beliau berkata, indeks volum import meningkat 7.2 peratus kepada 149.5 mata disokong oleh minyak galian (+18.0 peratus), alat jentera dan kelengkapa­n pengangkut­an (+7.1 peratus) dan bahan kimia (+5.8 peratus).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum import pada Julai 2018 naik 4.0 peratus kepada 146.0 mata, katanya.

Beliau berkata, berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit import meningkat 3.2 peratus dan indeks volum import naik 6.9 peratus.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Uzir berkata terma perdaganga­n Malaysia merekodkan peningkata­n 0.4 peratus kepada 97.0 mata berbanding Jun 2018 namun berasaskan tahun ke tahun, penurunan 0.02 peratus daripada 97.1 mata dicatatkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia