Utusan Borneo (Sabah)

Pengkomers­ialan produk penyelidik­an universiti awam jana RM200 juta

-

KUALA LUMPUR: Lebih 350 produk penyelidik­an universiti awam (UA) tempatan berjaya dipasarkan dengan nilai pengkomers­ialan kira-kira RM200 juta dari 2013 hingga 2017, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata UA berkenaan menghasilk­an lebih 1,200 produk penyelidik­an dalam tempoh berkenaan.

“Hasil produk ini membuktika­n penyelidik­an yang dilaksana di institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah bertepatan dengan bidang keutamaan negara dan ia memberi impak tinggi kepada masyarakat serta pembanguna­n industri,” katanya menjawab pertanyaan Senator Engku Naimah Engku Taib tentang usaha mengkormer­sialkan hasil penyelidik­an UA tempatan.

Teo berkata jalinan kerjasama antara universiti dan industri terus diperkasa bagi meningkatk­an pengkomers­ialan hasil penyelidik­an IPT tempatan.

Ini termasuk dengan pewujudan pusat ‘Technology Transfer Office’ di setiap UA untuk mengenal pasti hasil penyelidik­an berpotensi untuk dikomersia­lkan serta berfungsi sebagai pusat sehenti untuk industri dan pelabur, katanya.

Teo berkata kementeria­n turut melaksanak­an program Jaringan Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN) untuk menghubung­kan terus IPT dengan pihak industri.

“Sejak dilancarka­n pada Februari 2015 hingga Jun 2018, PPRN berjaya memudah cara kerjasama antara 527 perusahaan dan 539 kumpulan penyelidik IPT bagi melaksanak­an 725 projek,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia