Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia, Sri Lanka lancar latihan evakuasi tsunami

-

MEULABOH: Pelajar sekolah tinggi di Indonesia lari ke tempat lebih tinggi apabila penggera amaran tsunami berbunyi semalam, untuk melancarka­n latihan evakuasi di seluruh wilayah berkenaan yang dimusnahka­n oleh bencana pada 2004 yang mengorbank­an lebih 200,000 nyawa.

Latihan itu melakonkan gempa bumi dengan magnitud 9.3 di perairan pantai barat Pulau Sumatra, Indonesia.

Sebanyak 24 negara yang bersempada­n dengan Lautan Hindi, dari Australia hingga ke Yaman, mengambil bahagian dalam latihan kesiapsiag­aan bencana yang diadakan sekali setiap dua tahun itu.

Latihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) itu menyaksika­n kira-kira 125 pelajar di Meulaboh – sebuah bandar tepi pantai dalam wilayah Aceh yang teruk dibadai oleh bencana pada 2004 – bersembuny­i di bawah meja mereka apabila gempa bumi olok-olok berlaku sebelum mereka lari ke kawasan lapang selepas gegaran berhenti.

Kumpulan itu kemudian lari ke kawasan lebih tinggi apabila penggera tsunami berbunyi, dan beberapa komuniti lain di seluruh negara turut menyertai ‘Exercise Indian Ocean Wave 2018’.

Indonesia merupakan salah sebuah negara yang paling cenderung mengalami bencana di bumi.

Negara kepulauan itu terletak di atas ‘Lingkaran Api’ Pasifik di mana dataran tektonik bertembung dan banyak letusan gunung berapi dan gempa bumi berlaku.

Pada Disember 2004, tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi dengan magnitud 9.3 di perairan pantai Sumatra, mengorbank­an 220,000 orang di negaranega­ra sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 warga Indonesia, kebanyakan­nya di Aceh.

Agensi meteorolog­i, klimatolog­i dan geofizik ( (BMKG) Indonesia menyertai latihan terbaharu, bertujuan untuk memberi peluang kepada negara-negara bagi menguji prosedur operasi mereka, komunikasi dan kesiapsiag­aan evakuasi.

“Latihan ini akan memberi gambaran yang bernilai kepada kita tentang cara kita dapat menambah baik sistem kesiapsiag­aan bencana kita,” kata Rahmat Triyono, ketua bahagian gempa bumi dan tsunami BMKG di satu taklimat media semalam.

Lebih 60,000 orang di seluruh rantau berkenaan menyertai evakuasi komuniti dalam latihan terakhir pada 2016, kata PBB.

Sri Lanka – yang kehilangan 30,000 orang dalam bencana pada 2004 – menjalanka­n latihan evakuasi di tiga daerah tepi pantai semalam.

“Sasaran kami adalah untuk memastikan kami melengkapk­an evakuasi di kawasan pantai dalam masa 10 minit selepas penggera berbunyi,” kata Menteri Pengurusan Bencana Duminda Dissanayak­e kelmarin.

“Kami mahu mengurangk­an masa itu kepada kira-kira tujuh minit.”

Latihan itu bermula dengan salah apabila amaran tsunami dikeluarka­n sebelum pengumuman tentang “gempa bumi” di Indonesia.

Menara amaran tsunami di daerah pantai selatan Galle menyiarkan pembetulan.

Beberapa minit kemudian, ia mengikuti urutan yang telah dirancang lebih awal iaitu mula-mula mengumumka­n gempa bumi dan kemudian mengeluark­an perintah evakuasi tsunami.

Puluhan pekerja hotel dan kanak-kanak sekolah meninggalk­an premis di daerah Galle dan pergi ke kawasan tinggi yang ditetapkan, dibimbing oleh pegawai pengurusan bencana.

Latihan semalam diadakan serentak dengan satu rapat umum antikeraja­an di Colombo. Menteri Dissanayak­e menolak dakwaan bahawa latihan itu diadakan untuk mensabotaj rapat umum tersebut, dan berkata tarikh ditetapkan oleh PBB. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PELAJAR menyertai latihan evakuasi tsunami di Meulaboh, Indonesia semalam selepas bencana pada 2004 mengorbank­an lebih 200,000 nyawa.
— Gambar AFP PELAJAR menyertai latihan evakuasi tsunami di Meulaboh, Indonesia semalam selepas bencana pada 2004 mengorbank­an lebih 200,000 nyawa.
 ?? — Gambar AFP ?? PELANCONG turut menyertai latihan evakuasi tsunami di Hikkaduwa, Sri Lanka semalam selepas bencana pada 2004 mengorbank­an 30,000 nyawa di negara itu.
— Gambar AFP PELANCONG turut menyertai latihan evakuasi tsunami di Hikkaduwa, Sri Lanka semalam selepas bencana pada 2004 mengorbank­an 30,000 nyawa di negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia