Utusan Borneo (Sabah)

PUSAT SEHENTI TVET

Tempat graduan dapatkan maklumat, keperluan pasaran

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET) Nurul Izzah Anwar menyaranka­n diwujudkan pusat sehenti untuk graduan TVET.

Beliau berkata pusat itu bakal menjadi tempat kepada graduan TVET untuk mendapatka­n pelbagai maklumat untuk memenuhi kehendak pemain industri dalam pasaran.

“Dengan adanya ‘one stop centre’ itu, graduan TVET tahu di mana mereka boleh mendapatka­n keperluan industri dalam satu saluran yang akhirnya akan memberikan pendapatan yang tinggi.

“Kita boleh merancang tetapi peringkat pelaksanaa­n itu akan menentukan tahap kejayaan TVET,” katanya kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi town hall di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.

Sesi itu buat julung kalinya diadakan dan zon Sabah dipilih kepada perintis bagi program JKPTVET yang bertemakan “Memperkasa TVET Membina Negara”.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementeria­n Pendidikan Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) juga diharap menjadi peneraju pusat berkenaan khususnya untuk graduan TVET di negeri ini.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat untuk memperkasa­kan TVET, peranan semua pihak termasuk media untuk melaporkan kejayaan graduan TVET adalah penting untuk mengubah persepsi program berkenaan.

Sementara itu Mohd Ismail berkata sesi itu adalah untuk mendapatka­n maklum balas daripada semua pihak meliputi pelajar, komuniti, industri dan pelaksana TVET awam serta swasta dalam pelaksanaa­n TVET.

Beliau berkata setiap persoalan dan jawapan semasa sesi berkenaan akan menjadi input dalam kertas kerja bagi pelaksanaa­n TVET.

“Dalam sesi inilah kita akan mengetahui daripada komuniti setempat tentang keperluan mereka dan isuisu setempat yang diangkat dalam jawatankua­sa ini,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? TERESA (kanan) diberi taklimat oleh Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Tan Sri Mohd Bakke Salleh tentang jenis baka sawit di pameran sempena Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 pada Khamis.
GambarBern­ama TERESA (kanan) diberi taklimat oleh Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Tan Sri Mohd Bakke Salleh tentang jenis baka sawit di pameran sempena Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia