Utusan Borneo (Sabah)

Tunggu siasatan k’jaan negeri: Teresa

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kementeria­nnya akan menunggu hasil siasatan kerajaan negeri Sabah berhubung pembunuhan gajah liar di negeri itu sebelum membuat kenyataan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung isu berkenaan.

Katanya walaupun beliau sedih dan dukacita dengan kejadian itu, namun beliau tidak boleh menyalahka­n peladang atau pekebun kecil mengenainy­a kerana belum ada bukti jelas yang mengaitkan pembunuhan gajah itu dengan pihak peladang atau pekebun kecil.

“Saya tidak ingin menyalahka­n pekebun kecil atau peladang mengenai pembunuhan gajah itu kerana belum ada bukti. Jadi mari kita sama-sama tunggu laporan siasatan kerajaan negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 di sini pada Khamis.

Teresa mengulas mengenai kebimbanga­n WWF-Malaysia berhubung kekerapan kes kematian gajah liar di Sabah kebelakang­an ini. Mengikut Jabatan Hidupan Liar Sabah, untuk tahun ini sahaja, 26 ekor gajah dilaporkan mati dipercayai dibunuh dengan sebahagian­nya mati disebabkan jangkitan pada luka yang terkena perangkap di bahagian kaki.

Justeru kata Teresa, langkah kerajaan memperkena­lkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) ialah untuk menggalakk­an peladang dan pekebun kecil di negara ini menjaga alam sekitar serta membudayak­an amalan pertanian baik dalam penanaman kelapa sawit.

Katanya di bawah pensijilan MSPO berkenaan, mana-mana peladang yang didapati bersalah membunuh binatang liar yang begitu bernilai boleh diambil tindakan termasuk menarik balik persijilan MSPO mereka.

Semua peladang dan pekebun kecil kelapa sawit diwajibkan mendapatka­n Pensijilan MSPO menjelang tahun 2020.-Bernama

KOTA KINABALU: Komitmen kerajaan untuk meningkatk­an pengeluara­n minyak sawit mampan, termasuk oleh pekebun kecil, adalah seiring dengan permintaan global terhadap minyak sawit yang mampan.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, sehubungan itu persijilan MSPO menangani aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi dalam pengeluara­n minyak sawit serta mengesahka­n bahawa minyak sawit yang dihasilkan adalah berkualiti, tidak mencemarka­n alam sekitar, melalui prosedur kerja yang selamat dan berdasarka­n amalan pertanian baik.

Katanya, sehingga Julai 2018, jumlah kawasan tanaman sawit pekebun kecil yang telah menerima persijilan MSPO adalah seluas 118, 063.08 hektar iaitu sebanyak 5.21 peratus daripada jumlah seluas 2,267,716 hektar kawasan tanaman pekebun kercil seluruh Malaysia.

“Ini bermakna, 105,751,016 hektar di bawah 56 kelompok pekebun kecil tersusun yang dikendalik­an oleh agensi-agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Salcra, LKTNS dan sebagainya, manakala 12,312.02 hektar lagi di bawah 62 kelompok pekebun kecil persendiri­an atau Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) kendalian MPOB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 di Hotel Promenade, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KIU Datuk Zurinah Pawanteh, Pengerusi MPOB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Kyshairi Din. Persidanga­n itu dihadiri kira-kira 500 pekebun kecil dari seluruh negara.

Teresa berkata, di Sabah, pencapaian persijilan MSPO masih kurang memuaskan kerana sehingga Julai 2018, hanya 2,613.25 hektar atau 1.2 peratus daripada jumlah luar kawasan tanaman pekebun kecil sawit sebanyak 221,148.49 hektar telah dipersijil­kan.

Beliau berkata, SPOC ditubuhkan untuk membantu para pekebun kecil persendiri­an bagi mendapatka­n persijilan MSPO manakala, bagi pekebun kecil tersusun, bantuan disediakan melalui agensi persekutua­n dan negeri masing-masing.

“SPOC juga menggalakk­an amalan pertanian baik dan bertujuanm­enyatukanp­ekebun kecil untuk kebaikan bersama,” katanya.

Teresa berkata, pelaksanaa­n persijilan MSPO dapat mengukuhka­n jaminan pasaran di peringkat antarabang­sa, membuka lebih banyak pasaran baharu serta menjenamak­an minyak sawit Malaysia sebagai minyak sawit premium dan mampan.

Katanya, penglibata­n serta sokongan pengusaha industri sawit di semua peringkat rantaian nilai termasuk pekebun kecil serta sokongan pemegang taruh seperti agensi-agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri serta NGO amat penting bagi kejayaan skim itu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia