Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan penduduk lari, bimbang rejim serang Idlib: Pemantau

-

BEIRUT: Ratusan orang awam meninggalk­an kampung dekat medan hadapan di wilayah Idlib, Syria, kerana bimbang serangan yang dilancarka­n oleh rejim ke atas kubu kuat penting terakhir pemberonta­k di negara itu, kata sebuah badan pemantau semalam.

Tentera kerajaan yang disokong oleh Rusia telah berkumpul di sekitar wilayah barat laut itu selama berminggu-minggu manakala pada Selasa lepas, Moscow melancarka­n serangan udara pertamanya ke atas pemberonta­k dalam tempoh tiga minggu.

Lewat kelmarin, ratusan penduduk kampung meninggalk­an kawasan di tenggara wilayah tersebut yang terletak berdekatan dengan wilayah yang dikuasai kerajaan, kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Mereka menuju ke wilayah yang dikuasai pemberonta­k di utara di wilayah jiran Aleppo, kata badan pemantau yang berpangkal­an di Britain itu.

“Kira-kira 180 keluarga, atau kira-kira 1,000 orang” telah melakukan perjalanan sejak lewat kelmarin, kata ketua Observator­i Rami Abdel Rahman.

Lebih separuh daripada wilayah Idlib dikuasai Hayat Tahrir al-Sham, sebuah pakatan pelampau jihad yang diketuai bekas sekutu AlQaeda di Syria, manakala pemberonta­k yang disokong oleh Turki menguasai kebanyakan tempat lain.

Tentera kerajaan menawan semula kebanyakan tempat di tenggara wilayah pada awal tahun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa serangan besar-besaran di Idlib boleh menyebabka­n 800,000 orang lari dari kampung halaman mereka.

Utusan PBB ke Syria, Staffan de Mistura, telah menggesa kuasa besar untuk campur tangan bagi mengelak “pertumpaha­n darah”.

Pada hari ini (Jumaat) sekutu kerajaan Rusia dan Iran mengadakan sidang kemuncak di Tehran dengan penyokong pemberonta­k Turki yang dijangka akan menentukan masa depan wilayah terbabit.

Majlis Keselamata­n PBB dijadual membincang­kan situasi itu pada hari yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia