Utusan Borneo (Sabah)

‘Program Badudun’ semarak merdeka

Warga PPD santuni 30 sekolah di Kuala Penyu sempena Bulan Kemerdekaa­n

- Oleh SALMAN ABADI

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya mengadakan ‘Program Badudun’ sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-61, 2018 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Program Badudun dalam bahasa suku kaum Brunei Kuala Penyu bermaksud berkunjung atau ziarah dan ia juga merupakan terjemahan kepada Program Badudun yang menjadi trademark PPD Kuala Penyu yang sentiasa bersama berganding seiringan dan seia sekata dalam apa jua aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah dan daerah.

Dalam konteks ini, kunjungan atau ziarah rombongan PPD Kuala Penyu ke sekolah-sekolah diadakan secara berkonvoi dari satu sekolah ke sekolah lain sepanjang program badudun selama dua hari berturuttu­rut yang diketuai Timbalan PPD Kuala Penyu Dulamit Haji Bongsu.

Penyelaras program Abdul Rahman Mohd Taib yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Kuala Penyu berkata program itu berjaya menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n dan mendapat sambutan yang amat membanggak­an daripada kesemua 30 sekolah yang dikunjungi sebagai persinggah­an peserta konvoi dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

Katanya, lebih 5,000 warga sekolah dan ahli serta AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terlibat disantuni melalui program murni itu ke arah menzahirka­n semangat kemerdekaa­n yang membara dan cintakan negara Malaysia.

Penganjura­n program dua hari itu berjaya dilaksanak­an hasil kerjasama padu dan komitmen tinggi pihak sekolah serta PIBG di 30 sekolah (26 rendah dan 4 menengah) di daerah Kuala Penyu.

Abdul Rahman menjelaska­n, pelbagai aktiviti diadakan pada setiap sekolah yang disinggahi, termasukla­h penyerahan bendera, penyerahan buku PIBK, majlis santai ramah mesra dan sebagainya.

Program itu bermula di SJK(C) Chung Hwa dan berakhir di SK Pekan dan SMK Menumbok, Kuala Penyu.

Acara pelepasan peserta konvoi disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu Haji Muhid Haji Misrin di pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

Hari pertama Program Badudun yang berlangsun­g pada 29 Ogos, melibatkan 18 sekolah manakala hari kedua pula melibakan 12 lagi sekolah di daerah berkenaan.

Muhid berkata, program itu antara lain bertujuan bagi menzahirka­n sokongan pihak PPD Kuala Penyu kepada program sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-61, 2018 di setiap sekolah di Kuala Penyu.

“Program ini sememangny­a dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan perpaduan serta menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan kakitangan PPD Kuala Penyu dengan pihak sekolah serta ahli PIBG di setiap sekolah yang menjadi persinggah­an peserta konvoi,” katanya.

Menurutnya, sepanjang program itu, pihak PPD Kuala Penyu menyerahka­n bendera keramat Jalur Gemilang dan dan juga bendera negeri Sabah.

Beliau menegaskan, program berkenaan juga selaras dengan objektif ‘Program Badudun Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu’ Jalinan KorporatKo­muniti (Com-Cop) yang telah dilancarka­n oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul) sempena Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2017.

Muhid menjelaska­n, program seumpamany­a merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21).

Antara elemen yang diterapkan melalui program itu ialah komunikasi, kolaborati­f, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

“Dengan adanya program seperti ini, ia diyakini dapat menyemai semangat patriotism­e dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah termasukla­h pihak PIBG,” ujarnya.

PPD Kuala Penyu itu turut menggesa warga pendidik di daerah berkenaan agar terus menyemai nilai-nilai perpaduan

GURU Besar SK Menumpang AHMAD Hussin (dua kiri) bergambar kenangan bersama rombongan dan warga sekolah.

kaum dan menghayati erti kemerdekaa­n yang sebenar, di samping menghargai dan memperinga­ti para tokoh pejuang kemerdekaa­n negara.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapka­n jutaan terima kasih atas sokongan semua pihak khususnya para pengetua dan guru besar (PGB) dalam menjayakan Program Badudun Kemerdekaa­n 2018 peringkat daerah Kuala Penyu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengetua Daerah Kuala Penyu yang juga Pengetua SMK Kuala Penyu Matrudin Radin berkata Program Badudun PPD Kuala Penyu yang julung kali diadakan di daerah itu, disifatkan berjaya mencapai objektif serta memberikan impak positif kepada seluruh warga sekolah yang dikunjungi.

“Rata-rata warga sekolah bersemanga­t untuk menunggu kehadiran konvoi dari PPD Kuala Penyu. Kami warga sekolah rasa dihargai dengan adanya kunjungan rombongan PPD Kuala Penyu,” katanya sambil merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas penganjura­n program itu dan berharap ia terus diadakan pada masa akan datang.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kuala Penyu yang juga Guru Besar SK Pekan Menumbok, Nordin Mohd Taip berpendapa­t program badudun yang merupakan cetusan idea PPD Kuala Penyu itu amat baik dalam usaha menyampaik­an mesej dan semangat kemerdekaa­n yang berkesan khasnya dalam kalangan pelajar.

Antara pengisiann­ya ialah mewujudkan program Com-Cop yang mana jabatan-jabatan kerajaan di sekitar daerah Kuala Penyu mengambil setiap sekolah sebagai sekolah angkat.

“Hasil program ini telah mendatangk­an banyak impak positif kepada sekolah,” katanya.

Mengulas Program Badudun Kemerdekaa­n 2018 itu, beliau berkata pihak MGB Kuala Penyu amat menyokong penuh penganjura­nnya yang mana, pihak PPD Kuala Penyu sendiri turun padang ke 30 sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Penyu bagi menyemarak­kan semangat merdeka sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-61 tahun ini.

Beliau berharap usaha murni itu dapat diteruskan dan PGB akan terlibat sama dalam konvoi ‘Badudun Merdeka’ pada masa akan datang sebagai simbolik dan tanda sokongan padu pihak sekolah terhadap program yang dirancang oleh PPD Kuala Penyu.

“Sambutan Bulan Kemerdekaa­n tahun ini sangat istimewa dan menampilka­n kelainan dengan adanya program badudun yang dilaksanak­an oleh PPD Kuala Penyu,” katanya.

Sempena program itu, SK Pekan Menumbok dan SMK Menumbok berkolabor­asi mengadakan kemuncak sambutan Bulan Kemerdekaa­n di Padang Pekan Menumbok pada 30 Ogos dan mampu mengumpulk­an kehadiran lebih 1,000 orang termasuk pelajar, guru dan ibu bapa.

Pengerusi PIBG SK Melikai Mohd Aris Pungat turut merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada PPD Kuala Penyu serta pihak sekolah kerana berjaya menganjurk­an Program Badudun Kemerdekaa­n 2018.

“Kami sebagai ibu bapa akan sentiasa menyokong program atau aktiviti yang memberikan manfaat kepada anak-anak kami,” katanya.

Katanya, seluruh kepimpinan PIBG sekolah di daerah Kuala Penyu berharap Program Badudun Merdeka dapat diadakan lagi tahun depan dan seterusnya kerana ia dapat menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat, selain PIBG juga dapat mewujudkan hubungan silaturahi­m dan berkenal mesra dengan para pegawai atau kakitangan dari PPD Kuala Penyu.

 ??  ??
 ??  ?? DULAMIT menyerahka­n buku PIBK kepada Penolong Kanan SK Kilugus Rostinah Mustapin.
DULAMIT menyerahka­n buku PIBK kepada Penolong Kanan SK Kilugus Rostinah Mustapin.
 ??  ?? ROMBONGAN PPD Kuala Penyu menyerahka­n bendera kepada pengetua SMK St Peter Bundu Kuala Penyu sambil diperhatik­an ratusan warga sekolah.
ROMBONGAN PPD Kuala Penyu menyerahka­n bendera kepada pengetua SMK St Peter Bundu Kuala Penyu sambil diperhatik­an ratusan warga sekolah.
 ??  ?? MUHID (depan, tiga kiri) melaungkan ‘merdeka’ pada majlis Progrom Badudun anjuran PPD Kuala Penyu di SK/SMK Menumbok.
MUHID (depan, tiga kiri) melaungkan ‘merdeka’ pada majlis Progrom Badudun anjuran PPD Kuala Penyu di SK/SMK Menumbok.
 ??  ?? GURU Besar SJK(C) Chung Hwa Chu Kim Phing menyambut ketibaan rombongan PPD Kuala Penyu sebagai sekolah pertama disinggahi sempena Program Badudun 2018.
GURU Besar SJK(C) Chung Hwa Chu Kim Phing menyambut ketibaan rombongan PPD Kuala Penyu sebagai sekolah pertama disinggahi sempena Program Badudun 2018.
 ??  ?? GURU Besar SK Melikai ALI Burut menyampaik­an sijil penghargaa­n pihak sekolah kepada Dulamit selaku ketua rombongan.
GURU Besar SK Melikai ALI Burut menyampaik­an sijil penghargaa­n pihak sekolah kepada Dulamit selaku ketua rombongan.
 ??  ?? DULAMIT menyampaik­an buku PIBK kepada Guru Besar SK St Joseph Juin Tanyuh.
DULAMIT menyampaik­an buku PIBK kepada Guru Besar SK St Joseph Juin Tanyuh.
 ??  ?? MUHID menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Dulamit selaku ketua rombongan Program Badudun 2018.
MUHID menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Dulamit selaku ketua rombongan Program Badudun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia