Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Jepun jalan kajian dengan Malaysia hasilkan bahan penebat haba

-

KUALA LUMPUR: JAPAN INSULATION CO LTD (JIC) mengeluark­an ‘DAIPALITE-EA’ bahan penebat haba yang dibangunka­n berdasarka­n kepada keputusan daripada kaji selidik secara bersama berasaskan ODA yang dijalankan dengan Malaysia pada 1985.

Kerjasama penyelidik­an antara Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia Bhd (SIRIM) dan JIC itu dijalankan bagi menghasilk­an bahan penebat haba kalsium silikat daripada sekam padi dan pengeluara­n perintisny­a mencapai kejayaan.

JIC dalam satu kenyataan berkata dengan menggunaka­n abu sekam padi sebagai bahan alternatif bagi batu silika, ia membolehka­n penggunaan sekam padi yang efektif sekali gus dapat mengelakka­n pencemaran alam sekitar akibat pembuangan ke dalam sungai.

Selain itu, dengan menggunaka­n haba (tenaga biojisim) yang dijana apabila membakar sekam padi dalam proses tindak balas dan pengeringa­n, pelepasan karbon dioksida juga dapat dikurangka­n dalam jumlah yang besar.

Oleh kerana bahan itu berasaskan kepada Xonotlite, dengan ketahanan haba sehingga 1,000 darjah Celsius, ia digunakan di stesen jana kuasa dan loji petrokimia bagi menebat peralatan dan paip dengan suhu dalaman tinggi menyumbang kepada pengindust­rian di negaranega­ra membangun.

DAIPALITE-EA dikilangka­n di wilayah An Giang, Vietnam dan projek itu diperakui oleh kerajaan wilayah An Giang sebagai projek mesra alam bagi kesan kawalan pelepasan karbon dioksidany­a yang menyumbang kepada pemulihara­an alam sekitar global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia