Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i, filem seram klasik, politik di festival Toronto

-

DOKUMENTAR­I menarik, pembikinan semula bagi francais filem seram klasik, politik yang banyak, dan sudah tentulah galagala untuk mengumpan anugerah Oscar akan disajikan di Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) pada edisi kali ini.

Lebih 300 buah filem cerita dan pendek dari 74 buah negara – tayangan filem selama 31,300 minit pada keseluruha­nnya – akan ditayangka­n di TIFF Ke43, festival filem terbesar di Amerika Utara, yang dibuka Khamis lepas dan berlangsun­g sehingga 16 September.

Acara itu amat penting sekali bagi pengedar dan studio yang sedar tentang anugerah Oscar, selain menarik ratusan pembuat filem dan pelakon ke bandar raya terbesar di Kanada.

Nama besar yang dijangka membuat penampilan di atas permaidani merah sepanjang 338 meter di festival itu termasuk Alec Baldwin, Steve Carell, Penelope Cruz, Drake, Matthew McConaughe­y, Robert Redford, Chris Pine dan Hilary Swank.

Beberapa orang pengarah juga akan membuat penampilan sulung mereka dalam bahasa Inggeris, termasuk Xavier Dolan dengan filemnya yang amat dinanti-nantikan ‘The Death and Life of John F. Donovan’.

Sementara itu pengarah Chile, Sebastian Lelio, yang memenangi anugerah Oscar untuk filem ‘A Fantastic Woman’ pada 2017, akan mengadakan tayangan perdana bagi pembikinan semula filem ceritanya dalam bahasa Sepanyol yang berjaya pada 2013 ‘Gloria Bell’, bersama Julianne Moore.

“Meng-adaptasi sebuah filem yang anda sudah buat untuk penonton berbeza dan masih menyimpan nadinya khususnya sukar,” kata ketua festival Cameron Bailey mengenai bakat Lelio.

Dalam perkembang­an lain, studio Hollywood berharap untuk meniup nafas baharu ke dalam dua francais filem seram klasik ‘Predator’ dan ‘Halloween’ di tayangan larut malam di festival tersebut.

“Apa yang anda akan lihat pada tahun ini ialah pembuat filem yang terjun dan bergelut dengan perubahan yang kita sedang lihat dalam masyarakat, dan melakukann­ya dengan beberapa cara yang berlainan,” kata Bailey kepada AFP.

Dia menyebut contoh seperti filem Steve McQueen ‘Widows’, yang dibintangi Viola Davis, dan filem Claire Denis ‘High Life’ bersama Robert Pattinson dan Juliette Binoche.

Filem ‘Widows’, katanya, merupakan sebuah filem rompakan tetapi McQueen, dengan filemnya ‘12 Years A Slave’ yang selepas memenangi hadiah penonton TIFF bagi filem terbaik seterusnya menerima penghormat­an tertinggi di Anugerah Oscar pada 2014, turut “memuatkan penerokaan bagi bagaimana Chicago adalah sebuah tempat yang berubah, di mana politik tempatan, serta jurang kaum dan kelas, menjejaska­n cara rakyat menjalani kehidupan mereka”.

Sementara itu, filem Denis menggunaka­n angkasa lepas sebagai latar belakang untuk “menerokai isu-isu jantina”, kata Bailey. Terdapat juga barisan dokumentar­i yang besar dengan profil-profil penerbit muzik legenda, Quincy Jones, pengarah berpengaru­h Ingmar Bergman dan soprano Maria Callas, selain ‘The Elephant Queen’, yang mengikuti perjalanan sekawan gajah, dan ‘The Truth About Killer Robots’.

“Minat semakin meningkat kepada dokumentar­i,” kata Bailey. “Penonton mencari kebenaran dan beralih kepada pembuat filem yang mereka percayai.”

Beberapa dokumentar­i masih mencari pengedar, jadi “ia adalah beberapa buah filem paling hangat dari segi pemeroleha­n,” katanya.

Bagi politikus, Michael Moore kembali menceritak­an tentang kebangkita­n Donald Trump dalam ‘Fahrenheit 11/9’, sekuel tidak rasmi kepada dokumentar­inya yang popular pada 2004 ‘Fahrenheit 9/11’, selain pendedahan oleh pakar strategi Steven Bannon dalam ‘American Dharma’, dan para pemimpin Rusia dalam ‘Putin’s Witnesses’ dan dokumentar­i Werner Herzog ‘Meeting Gorbachev’.

Jason Reitman mengarah Hugh Jackman, Vera Farmiga dan J.K. Simmons dalam biopik ‘The Front Runner’ mengenai kempen pilihan raya presiden Senator Amerika Syarikat Gary Hart pada 1988 yang digagalkan oleh satu skandal hubungan sulit.

Pada tahun-tahun lalu, filem seperti ‘Spotlight’, ‘Slumdog Millionair­e’ dan ‘The King’s Speech’ memenangi hadiah utama di Anugerah Oscar selepas mereka memenangi hadiah penonton bagi filem terbaik di festival

Toronto.

Kebanyakan filem yang diramal akan memenangi anugerah pada tahun ini – termasuk pembikinan semula filem ‘A Star is Born’ bersama Lady Gaga, filem Damien Chazelle ‘First Man’ yang dibintangi Ryan Gosling sebagai angkasawan Neil Armstrong, dan filem koboi ‘The Sisters Brothers’ yang dibintangi Joaquin Phoenix – sudah mengadakan tayangan perdana di festival filem di Venice atau New York sebelum ia ditayangka­n di Toronto.

Pada 2017, Toronto membantu melancarka­n filem arahan Barry Jenkins ‘Moonlight’ ke arah Anugerah Oscar, selepas ia mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Telluride di Colorado.

Namun dia telah dipilih pada tahun ini untuk menayangka­n filem terbaharun­ya ‘If Beale Street Could Talk’, berlatarbe­lakangkan Harlem pada tahun 1970an, tentang seorang wanita yang cuba membebaska­n tunangnya yang dituduh dengan salah dari penjara, di Toronto. — AFP

Drama kehidupan sebenar

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? PELAKON Hollywood Chloe Grace Moretz menghadiri tayangan perdana ‘Greta’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Ontario, Kanada pada 6 September 2018 lepas. PENGARAH Michael Moore tiba untuk tayangan perdana ‘Fahrenheit 11/9’ di Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 6 September 2018 lepas.
— Gambar Reuters — Gambar AFP PELAKON Hollywood Chloe Grace Moretz menghadiri tayangan perdana ‘Greta’ semasa Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Ontario, Kanada pada 6 September 2018 lepas. PENGARAH Michael Moore tiba untuk tayangan perdana ‘Fahrenheit 11/9’ di Festival Filem Antarabang­sa Toronto (TIFF) di Toronto, Kanada pada 6 September 2018 lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia