Utusan Borneo (Sabah)

SUKAR TETAP GAJI MINIMUM

Negara tanggung hutang yang terlalu besar

- -Bernama

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran menentukan gaji minimum yang tinggi memandangk­an sebahagian besar kewangan negara digunakan untuk membayar hutang.

Perdana Menteri menjelaska­n kerajaan pada masa ini tidak mampu untuk meningkatk­an jumlah perbelanja­an memandangk­an hutang yang ditanggung terlalu besar.

“Ada yang berpendapa­t RM1,800 adalah paling sesuai, ada pula yang kata RM1,500 gaji minimum paling sesuai.

“Tetapi kita juga harus ingat kita sedang bersaing dengan negara lain, kalau kos kita meningkat terlalu tinggi, kita akan hilang competitiv­e edge (daya saing) kita,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini pada Jumaat.

Penetapan gaji minimum diumumkan kerajaan pada Rabu menyaksika­n kenaikan RM50 di Semenanjun­g dan RM130 di Sabah dan Sarawak, berdasarka­n syor Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016. Berkuat kuasa 1 Jan 2019, kadar gaji minimum adalah seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.

Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntu­kkan kadar gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

Dalam perkembang­an lain, Perdana Menteri berkata kerajaan bercadang mengurangk­an pegangan saham parti politik dan individu dalam syarikat media bagi mengelak media diperalat pihak tertentu.

“Di mana-mana kita dapati ada saja pihak yang ingin menguasai media untuk kepentinga­n diri mereka, sebab itu kita kurangkan pegangan (saham) ini, tetapi kita masih belum laksanakan lagi,” katanya.

Ketika ditanya perkembang­an mengenai penyediaan Bajet 2019, Dr Mahathir dalam nada berseloroh berkata: “Masih belum buat lagilah.”

Bajet 2019 dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 2 Nov depan.

 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan).
GambarBern­ama DR Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan).
 ??  ?? ADLY (empat kiri) dan rombongan bergambar bersama Shafie (empat kanan) pada kunjungan itu.
ADLY (empat kiri) dan rombongan bergambar bersama Shafie (empat kanan) pada kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia